AdSense

Sunday, November 29, 2015

Sudah tak tahan, anak Lim Kit Siang kena halau negeri


Pasal pembangunan mewah melampau, aktiviti tarah menarah dan seumpamanya sebelum ini sudah banyak diperkatakan serta didedahkan oleh sahabat blogger Dr Novandri atau Dr MiM, Utara News dan blogger-blogger sebelah utara.

Mungkin sudah tak tahan, semalam muncul kumpulan kecil bertindak menghalau Ketua Menteri Lim Guan Eng dari Pulau Mutiara itu.


"Negeri ini semakin menjadi bandar raya yang mengandungi bangunan dan kediaman mewah untuk orang berpendapatan tinggi terutama warga asing. Untuk orang yang berpendapatan rendah sememangnya tidak mempunyai peluang tinggal di sini. Ini kerana, tiada perumahan mampu milik dibina.

"Ramai rakyat keluar dari Pulau Pinang. Kita bimbang penjualan tanah yang tidak terkawal, masalah kesesakan, banjir, penarahan bukit tanpa kelulusan serta kemusnahan alam sekitar." - Petikan daripada laporan Sinar Harian.

Lihat kepada kenyataan-kenyataan ini, jelaslah pada kita bahawa prinsip demokrasi dan tadbir-urus yang baik atau “good governance” yang sering dilaungkan DAP sebelum ini hanyalah DUSTA semata-mata!

No comments:

Post a Comment