AdSense

Monday, November 30, 2015

PM dah bunyi pasal perjumpaan 'seorang warganegara' jumpa waris pengganas Sulu



Setelah beberapa hari isu ini berlegar di media sosial. Isu yang tidak mendapat liputan dikalangan lidah rasmi pro pembangkang yang juga proksi Barat.

Ini pastinya menjadi satu penghormatan dan berita gembira buat rakyat terutamanya di Sabah dan para anggota pasukan keselamatan negara.

Apakah ini 'hint' daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar pihak yang berkenaan dibawa ke muka pengadilan?

"Sudah tentu kejadian pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu masih segar dalam ingatan kita semua. 

"Ramai anggota pasukan keselamatan kita yang kehilangan nyawa dengan cara paling zalim pada ketika itu.

"Tindakan seorang rakyat negara kita yang bertemu dan kelihatan begitu mesra bersama orang yang mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu baru-baru ini langsung tidak menghormati perasaan penduduk negara ini terutamanya rakyat Sabah."

ATAU INDIVIDU YANG DIMAKSUDKAN INI TIDAK BOLEH DISENTUH OLEH KERANA BELIAU SEORANG AHLI PARLIMEN DAN ANAK KEPADA KETUA PEMBANGKANG?

DUN di Sabah cukup marah sehingga membawa isu ini menjadi usul dan mengharamkan dua orang pemimpin politik daripada memasuki negeri DiBawah Bayu itu!

No comments:

Post a Comment