AdSense

Saturday, November 28, 2015

MoU bersama Olam International : FGV terus diiktiraf


Sebuah syarikat Gabon yang berpengkalan di Singapura iaitu Syarikat Olam International (OLAM) telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) bersama Felda Global Ventures (FGV) dalam usaha melatih 2,000 pekebun kecil Gabon.

Satu peristiwa yang membanggakan warga FELDA apabila anak syarikatnya FGV terus mendapat pengiktirafan dimata dunia!


Terbukti FGV berjaya menjadi antara ikon pelaburan bukan sahaja dalam negara bahkan juga menjadi rujukan buat-buat negara-negara maju yang lain.

Dalam MoU yang ditandatangani antara OLAM-FGV di FELDA Residence Sungai Terkam, Jerantut, Pahang baru-baru ini adalah bertujuan mendalami ilmu pengurusan ladang kelapa sawit bersandarkan kepada nilai komersial dalam persaingan berdaya maju.

Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Mohamed Emir Mavani Abdullah menyifatkan MoU itu sebagai tanda keyakinan syarikat luar negara kepada kebolehan FGV di sektor perladangan dan pengurusan.

Kepakaran yang dimiliki FGV ini sememangnya menjadi buruan pemain-pemain dikalangan negara luar untuk menjadikan FGV sebagai rakan niaga.

Untuk makluman pembaca, Gabon mempunyai keluasan 270,000 kilometer persegi, terletak di pantai Atlantik di barat Afrika Tengah. Ia mempunyai 1.5 juta penduduk dan mula terbabit dalam penanaman kelapa sawit sejak beberapa tahun lalu.

Kerajaan Gabon ketika ini sedang giat membangunkan industri minyak sawit dengan kerjasama OLAM International Ltd. melalui skim GRAINE.

Syabas FGV!

No comments:

Post a Comment