AdSense

Thursday, October 22, 2015

Ramai yang tak sangka anak FELDA mampu pegang kayu golf!


Suatu ketika dahulu, sukan golf dikategorikan hanya untuk orang berada. Namun kini tidak lagi apabila golf mula mendapat tempat dikalangan masyarakat pelbagai.

Begitu juga dengan warga FELDA. Dahulu mereka hanya terdedah kepada sukan popular seperti bolasepak, bola jaring dan sepak takraw.

Antara lain yang menjadi faktor berlakunya gelombang sukan atau hobi disesetengah kawasan adalah kekerapan sesuatu acara atau kejohanan dianjurkan.


Suatu masa dahulu, penulis yang juga merupakan anak FELDA, begitu tertarik dengan sukan ekstrim. Mungkin pada ketika itu sukan ekstrim seperti Skateboard dan BMX mula memasuki pasaran Malaysia.

Acara dan kejohanan yang dianjurkan untuk sukan ekstrim pula tidak banyak diadakan. Jika ada sekalipun, ia pasti akan bertempat di luar kawasan FELDA iaitu di sekitar bandar besar dan ibukota. Peminat sukan ini perlu datang sendiri ke lokasi penganjurannya.

Kini, selepas menyusuri zaman dan kemudahan yang ditawarkan... Anak FELDA bukan sahaja berpeluang bermain sukan ekstrim malah juga mampu menjadikan 'sukan orang kaya' iaitu golf sebagai sukan utama.

Ini dapat dilihat apabila bakat-bakat yang dimiliki oleh golongan berkenaan akan dicungkil oleh Yayasan FELDA sekaligus digilap sehingga bersinar ke peringkat yang lebih tinggi.

Akademi Golf Felda (AGF) sedaya upaya mengetengahkan pemain-pemain golf terutamanya dikalangan generasi kedua dan ketiga FELDA.

Sementara Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam kenyataannya pernah memberitahu bahawa sebanyak 6 wilayah FELDA sudah ditandang AGF bagi merealisasikan hasrat yang diinginkan.

Siri jelajah ke 6 wilayah terbabit telah bermula sejak bulan Oktober tahun lepas. Seramai 62 orang peserta termasuk 10 pemain wanita sudahpun menyertai AGF sehingga bulan Januari lalu.

“Hasrat FELDA melahirkan pemain golf profesional dan ahli sukan berlatar belakang pendidikan cemerlang dari generasi baru,” kata Mohd Isa.

Untuk makluman pembaca, segala kos bagi tujuan pengurusan dan latihan dibiayai dan ditanggung oleh FELDA sendiri.

AGF telah melantik Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) untuk mengurus dan melatih pelajar serta ditawarkan pengajian Diploma Pengurusan Perniagaan.

Mungkin ramai yang tidak menyangka, anak FELDA kini mampu untuk memegang kayu golf! Tiada apa yang mustahil selagi mana ia mendapat tempat oleh badan yang sentiasa peka dan prihatin terhadap masyarakat seperti FELDA.

Kata orang, 'joran sudah ada, kolam dan ikan juga ada'. Tinggal lagi samada kita mahu atau tidak sahaja. Berminat main golf? Atau lebih selesa dengan melakukan kegiatan membaling batu ke dalam kolam yang mengakibatkan semua orang tidak berjaya mendapatkan hasil!

No comments:

Post a Comment