AdSense

Monday, September 21, 2015

Tukang fitnah FELDA kekal kena RM100 ribu, tak boleh rayu lagi!!!


Itulah, seronok sangat menfitnah orang demi meraih populariti / sokongan... Sanggup bergelumang dengan najis fitnah semata-semata mahu memusnahkan kepercayaan rakyat kepada FELDA yang telah banyak berjasa kepada negara terutamanya kepada para peneroka sejak generasi pertama lagi.


Mungkin ramai yang sudah lupa tetapi tidak bagi sebahagian besar peneroka FELDA. Ini adalah berkaitan tuduhan menjual minyak mentah kepada Israel - penyebaran tuduhan yang berlegar-legar dikalangan masyarakat sejak hujung tahun 2012 lagi.

Namun, pada 21 September 2015 di Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya hari ini merupakan pagi yang cukup manis khas buat para peneroka. Kesemua hakim sebulat suara MENOLAK Permohonan Kebenaran Merayu Datuk Mustafa Ali (ketika itu Setiausaha Agung PAS) bersama lima yang lain dengan kos RM10,000 dibayar kepada FELDA.

Dengan ini, TIADA rayuan boleh dibuat di peringkat Mahkamah Persekutuan. Maka itu FELDA menang dan keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan. Sehubungan itu, Defendan perlu membayar gantirugi RM100,000 kerana menfitnah FELDA.

Sedikit mengenai kisah fitnah FELDA : 

Hakim Lee Heng Cheong pada April 2014 memerintahkan Mustafa dan empat lagi defendan - Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd - membayar kos berjumlah RM30,000 kepada FELDA.

Lee mendapati kedua-dua artikel yang disiarkan Mustafa dalam Harakah mampu menimbulkan fitnah terhadap plaintif (FELDA).

Hakim itu turut mendapati FELDA membuktikan dengan jelas bahawa agensi berkenaan tidak menjual minyak sawit mentah kepada Israel dan lima defendan itu juga gagal membuktikan pembelaan mereka berhubung perlindungan bersyarat dan komen berpatutan.

Sebelum itu pada 7 Januari 2013, Felda telah menyaman Datuk Saifuddin Nasution Ismail (ketika itu Setiausaha Agung PKR), berhubung beberapa artikel bertajuk "2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel" dan "BN Jangan Tipu Rakyat", bertarikh 27 November 2012, yang disiarkan dalam Suara Keadilan.

Namun kes diselesaikan secara baik setelah Saifuddin bersetuju untuk menerima dan mengakui bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd membuat penghantaran ke Palestin dan bukan Israel pada Mac 2010, dan FELDA tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.

Beliau turut mengakui FELDA dan Felda IFFCO Oil Products Sdn Bhd adalah dua entiti berasingan yang sah di sisi undang-undang.

Kini FELDA bebas daripada tuduhan fitnah. Ada siapa-siapa lagi yang berani menuduh FELDA dengan najis fitnah ini?

2 comments:

  1. Baru saja beli saham FGV. He he he...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus anon 1004. Usah tertipu lagi dgn fitnah pembangkang!

      Delete