Kenyataan Media
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA)
1. ASWAJA melahirkan rasa kesal terhadap tindakan BERSIH 4 yang mengadakan demonstrasi jalanan ketika negara bersiap untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kali ke-58.
2. Sungguh menyedihkan, BERSIH 4 yang diadakan kononnya untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekadar menjadi pentas untuk memburukkan imej Malaysia di persada dunia.
3. Demonstrasi jalanan bukan cara Islam, Islam satu agama sempurna yang sudah menetapkan adab dam tertibnya dalam menegur pemimpin. Malah, Islam juga melarang umatnya daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan.
4. Tindakan BERSIH bukan saja bercanggah dengan nilai Islam, malah turut bertentangan dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini. Kerajaan yang ada kini sudah menyediakan saluran untuk rakyat menyuarakan pendapat, cadagan atau bantahan.
5. Lebih malang lagi, BERSIH 4 juga menyaksikan pembabitan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tindakannya tidak selari dengan pegangannya, malah, ia juga tidak menggambarkan kedudukannya sebagai negarawan
6. Tindakan Tun M boleh mencetuskan provokasi yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara. Tun M sepatutnya bertindak dengan bijaksana walaupun begitu benci kepada Perdana Menteri untuk mendesak beliau turun.
7. Tindakan segelintir peserta demonstrasi juga bersikap biadap. Tidakan memijak poster Perdana Menteri dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh peserta berbangsa Cina, adalah provokasi melampau yang boleh mengakibatkan tindak balas dari orang Melayu ataupun umat Islam. Ia adalah satu tindakan provokasi bersifat perkauman.
8. Oleh itu, ASWAJA menggesa pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penganjur perhimpunan haram itu, serta mengambil tindakan terhadap peserta yang melakukan provokasi melampau bagi memastikan keamanan dan keharmonian negara terpelihara.
9. ASWAJA juga melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan seorang Mufti di utara tanah air bertindak menyokong dan menggalakan rakyat supaya turun berdemonstrasi. Atas pendirian apa dan alasan mana yang diguna pakai Mufti terbabit menghalalkan apa yang diharamkan dalam Islam.
10. Individu yg berstatus negarwan dan tokoh agama tidak wajar menyokong BERSIH 4 kerana tindakan itu boleh mendatangkan imej negatif kepada rakyat.
Sekian terima kasih.
Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari
No comments:
Post a Comment