AdSense

Thursday, August 6, 2015

Penemuan MH370 : Tiong Lai hubungi Menteri China untuk langkah susulan




Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menghubungi rakan sejawatannya di China untuk membincangkan tarikh yang sesuai bagi mengadakan mesyuarat di peringkat menteri.

"Tiga negara, iaitu Australia, China dan Malaysia akan mengadakan mesyuarat peringkat menteri untuk membincangkan langkah seterusnya. Saya rasa ini paling wajar dilakukan segera.

"Saya telahpun menelefon Menteri Pengangkutan China dan kita telah bincangkan untuk pilih tarikh secepat mungkin untuk tiga pihak bertemu dan bincang apa yang perlu dilakukan seterusnya."

Dalam masa sama, Liow memberitahu bahawa pihaknya sedang menunggu pandangan pakar di kawasan pencarian, samada mahu mengekalkan operasi pencarian ataupun ke kawasan lain.

"Ini semua bergantung kepada cadangan daripada pasukan pakar yang menyiasat daripada awal lagi."

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan penemuan sayap pesawat di Pantai Reunion, Perancis adalah milik MH370, sebagaimana yang disahkan oleh pakar antarabangsa.

Tambah Liow lagi, pengesahan serpihan pesawat MH370 itu adalah berdasarkan tanda selengaraan (maintenance seal) yang sepadan dengan rekod MAS.

Malah ia turut disahkan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA), MAS dan pasukan penyiasat.

"Pasukan kita mempunyai rekod sendiri. Rekod selenggaraan MAS mengesahkan serpihan itu milik MAS," jelas Liow.

No comments:

Post a Comment