AdSense

Thursday, August 6, 2015

Kereta sapu belah utara kena 'warning' dengan SPAD!



Pengendali kereta sapu haram yang bermaharajalela di utara tanahair diberi amaran oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya menghentikan kegiatan mereka serta-merta.

Atau mereka akan berdepan dengan tindakan tegas!

"SPAD memberi amaran kepada semua pengendali kereta sapu haram dan kereta sewa pandu yang tidak mempunyai permit terutama di Jeti Kuah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

"Tindakan mereka bukan sahaja menyebabkan laluan keluar masuk sesak malah turut menjejaskan perkhidmatan teksi yang lain."

Demikian kenyataan Ketua Penguatkuasa SPAD Wilayah Utara, Mejar (B) Ahmad Zaidi Shuib.

Lantas itu, kegiatan haram berkenaan akan diperangi habis-habisan dalam Ops Tegas yang akan digerakkan selama dua minggu.

Jika ditangkap dan didapati melakukan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda RM1,000 hingga RM10,000.

Bukan itu saja, kenderaan mereka turut akan disita!

Pada 30 Julai lalu, SPAD dalam Ops Parasit (ulat) Tegas Revus (kereta sapu) 
yang dijalankan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 berjaya merekodkan 9 kesalahan.

Kesemua kenderaan yang menyalahi undang-undang itu seterusnya disita.

Masih lagi berani melakukan kesalahan?

No comments:

Post a Comment