AdSense

Tuesday, August 25, 2015

Pemimpin dan masyarakat yang kuat pasti pegang prinsip ini...


Sebelum menghukum...
Bicara adil dulu
Sebab...
Berat beban menghukum


Sebelum bicara adil...
Siasat dulu
Sebab...
Berat beban mengadili

Sebelum siasat...
Timbang dulu...logik tak logik
Sebab...
Berat beban pembuktian

Belum timbang logika
Belum siasat bukti
Belum bicara adil
Dah jatuh hukum
Teruja menghukum?

Pikullah beban menghukum
Beratnya beban.....


Untuk makluman pembaca, ayat-ayat di atas merupakan tulisan daripada Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Bercakap soal pemimpin dan masyarakat, individu seperti Ehsanuddin ini wajar dirujuk. Bagaimana beliau mendapatkan sokongan dengan memperoleh kemenangan besar pada pilihanraya umum yang lalu.

Sebanyak 30,373 undi diperolehi beliau dengan majoriti 24,574 undi. Angka yang cukup mantap. Manakala peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 88%.

Berbalik kepada suasana politik hari ini, agak mustahil jika kita katakan pengundi di Kota Tinggi ini tidak terdedah dengan berita-berita berunsur persepsi. Namun rata-rata masyarakat di kawasan ini cukup tenang dalam menghadapi isu-isu yang berhubung kait dengan politik semasa termasuk ekonomi.

Jadi jelaslah pada kita bahawa masyarakat di Kota Tinggi sudah diajar cara berfikir secara rasional dan menolak fahaman berunsur emosi.

Begitu juga jika kita lihat masyarakat Felda yang setiap detik disuntik dengan politik kebencian. Apatah lagi timbulnya pelbagai isu / persepsi semasa pilihanraya umum lalu termasuk tuduhan kehadiran pengundi hantu, 40k pengundi Bangla, sistem pilihanraya yang tidak adil, Felda bankrap dan sebagainya.

Namun majoriti peneroka terutamanya generasi terawal tetap kuat dibelakang Felda. Ini kerana sikap masyarakat yang tidak mudah percaya kepada persepsi. Dalam masa sama mereka tidak teruja untuk menghukum tanpa asas bukti yang kukuh.

Tembok Felda dilihat sukar untuk ditembusi. Jika ada kawasan yang dirobek sekalipun, ia hanyalah melibatkan generasi baharu yang gagal mendalami prinsip sepertimana puisi di atas. Sebilangan kecil kelompok ini berasa teruja untuk menghukum dan menafikan penyiasatan, keadilan bicara seterusnya pembuktian.

Sekali lagi, kata-kata Ehsanuddin ini sewajarnya dijadikan pegangan terutamanya kepada ahli-ahli serta pemimpin UMNO. Usah terlalu lantang menghukum secara membabi buta sehingga menafikan hak orang lain. Usah meniru sikap emosi dan ekstrim amalan parti pembangkang hanya kerana taksub meraih populariti.

3 comments:

  1. Nak bicara tak boleh
    Nak siasat disisih
    Nak timbang tak ada butir
    Nak hukum tunjuk pelir

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, berikanlah kekuatan pada Najib dan para jemaah menterinya untuk melalui dugaan yg dasyat ini. In Shaa Allah...

    ReplyDelete