AdSense

Thursday, August 13, 2015

'Pemikir' PKR mula risau isu dana politik mula sejuk


"Saya merasakan bahawa keadaan kembali sejuk seolah-olah perkara-perkara ini akan berlalu begitu sahaja dan rakyat merasakan mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Sekiranya rakyat berputus asa bahawa tiada apa yang mereka dapat lakukan, Dato’ Seri Najib Tun Razak akan terus kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri dan lebih banyak kerosakan akan berlaku."


Demikian kenyataan daripada Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli semalam sepertimana yang disiarkan dalam lidah rasmi Keadilan Daily.

Nampak gayanya Rafizi yang juga merupakan anak didik kesayangan Raja Rusuhan Jalan Raya, Anwar Iberahim mula risau... bagaimana lagi cara mahu menggulingkan Najib selaku Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan ini?

Persepsi

Inilah antara gerak kerja yang mereka jalankan sejak dahulu lagi - ketika bossnya Anwar Iberahim berdendam mahu merampas kuasa. Burukkan kerajaan yang dipilih menerusi pilihanraya, gelarkan kerajaan itu mengamalkan rasuah, kroni, dan lain-lain tuduhan liar semata-mata mengundang persepsi buruk terhadap kerajaan UMNO / Barisan Nasional.

Pada pandangan kasarnya, strategi mereka ini sudahpun berjaya. Sehingga mampu 'menawan' beberapa pemimpin UMNO / BN itu sendiri. Perangkap mereka sudah mengena, menambahkan lagi kekuatan mereka - walaupun bossnya berada di dalam penjara! Hebat!

Berbalik kepada hal dana politik 2.6bilion... Perdana Menteri sendiri sudah menyatakan secara jelas mengenainya. Dana politik daripada Timur Tengah. Lihat, bagaimana sumbangan ini boleh datang daripada Timur Tengah dan bukannya Israel?

Sedia maklum, Israel adalah satu kumpulan 'paling berkuasa' di dunia. Tetapi mereka tidak berminat untuk menyalurkan dana politik kepada UMNO / BN. Apakah kerana parti keramat ini memperjuangkan Islam, Bangsa dan Tanah air? Jadi ia mendapat perhatian daripada wilayah Timur Tengah?

Apa yang membuatkan Rafizi berpandangan jauh dengan menggesa rakyat bertindak?

Membolehkan 'sebelah pihak' lagi mendapatkan dana yang lebih besar untuk merealisasikan hasrat tersebut dengan melakukan tindakan?


Bertindak dengan melakukan protes secara besar-besaran barangkali. Jadi ia memerlukan dana yang cukup bukan? Oleh itu, apabila kertas kerja a.k.a invois berkaitan 'tindakan' ini siap (respons / sambutan menggalakkan daripada rakyat) maka seruan tersebut akan diluluskan dengan memperoleh peruntukan dana.

Sebab itu Rafizi cukup risau apabila isu dana politik 2.6bilion ini mula sejuk. Apatah lagi himpunan kotor bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Bagaimana lagi mahu menyuntik rasa marah rakyat kepada kerajaan?

Altantuya, Teoh Beng Hock, 40k bangla, cincin 24juta, jet peribadi, bil elektrik Seri Perdana, isteri Perdana Menteri jalan di depan, dan lain-lain semuanya tidak menjadi...

Rafizi mungkin lupa bahawa rakyat dewasa ini semakin bijak. Tidak lagi mempercayai apa jua berita. Mereka mula menyemak dan teliti dahulu kesahihan sesuatu berita itu. Apabila isu 2.6bilion ini sejuk, ini membuktikan bahawa rakyat sudah mula faham situasi sebenar. Tambahan pula majoriti pemimpin UMNO / BN turun padang memperjelaskannya.

Isu yang dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang ini kelihatan lebih menarik apabila rakyat mula berkata,

"Alangkah baiknya jika dana politik semua parti politik didedahkan kepada umum, sepertimana yang dicadangkan oleh Perdana Menteri.

"Kami juga mahu tahu jumlah / asal usul dana politik DAP, PKR dan PAS."


No comments:

Post a Comment