AdSense

Thursday, August 13, 2015

Kerjasama FGV-EHP : Fikirlah secara waras - Najib Razak


Tiada lagi yang perlu diragui apabila komuniti Felda dan pemilik saham Felda Global Ventures Bhd (FGV) adalah kuasa penentu kepada apa jua keputusan berkaitan syarikat dalam kerjasama dengan syarikat perladangan sawit PT Eagle High Plantation (EHP) - syarikat ketiga terbesar Indonesia.

FGV menunaikan tanggungjawab mereka dengan membentangkan segala butiran jelas mengenai rancangan kerjasama berkenaan.


Sebab itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebarang kesilapan di dalam membuat keputusan akan mengakibatkan peluang keemasan terlepas.

"Akhirnya terpulang kepada pemilik saham untuk membuat keputusan. Fikir secara waras dan rasional, jangan terbawa-bawa dengan hasutan mana-mana pihak sehingga yang baik jadi tak baik, yang hak menjadi batil.

"Jangan biarkan apa yang kita bina selama ini musnah kerana tak buat apa yang patut untuk pertahankan. Marilah kita pertahankan kejayaan Felda demi anak cucu kita."

Kerajaan sentiasa meneliti rancangan kerjasama FGV-EHP bagi memastikan ia menjadi satu formula menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Bagi mengubah kualiti hidup masyarakat Felda, pasaran yang menjangkaui sempadan negara amat perlu, termasuk kawasan ladang yang besar selain tanah yang subur.

Pada Jun lepas, FGV mengumumkan ia telah memeterai perjanjian induk dengan Rajawali Group untuk membeli kepentingan dalam EHP pada harga US$680 juta dalam bentuk tunai dan saham.

Ini akan menyaksikan Rajawali Group memiliki 2.6 peratus asas saham FGV yang diperbesarkan.

FGV juga akan mengambil alih antara 93 dan 95 peratus kepentingan dalam projek gula Rajawali Group dengan nilai US$67 juta. Kepentingan dalam EHP dan projek gula Rajawali Group akan dipegang oleh FGV Kalimantan Sdn Bhd, sebuah unit FGV.

No comments:

Post a Comment