AdSense

Thursday, August 20, 2015

BUKTI Manifesto PRU13 PR Selangor GAGAL!




Seronok sangat tabur janji manis semasa pilihanraya umum yang lalu sehingga rakyat dengan senang diperbodohkan.

Beri air percuma! Siapa yang tidak melompat gembira? 

Alih-alih, ia cuma sekadar janji manis untuk tempoh sementara. Penyokong taksub Pakatan Rakyat di Selangor mendabik dada kononnya pemimpin mereka mampu mentadbir sesebuah negeri dengan lebih berjaya. Negeri berkebajikan katanya.

Namun manifesto manis yang ditawarkan itu dibuat secara 'seronok-seronok' demi meraih kuasa pemerintahan.

Pemimpin mereka tidak mengambil kira kesan serta akibat daripada janji manis mereka itu. Langsung tidak ada perancangan teliti.

Senang cakap, manifesto mereka hanyalah tiket bagi mendapatkan kuasa semata-mata! 

Ini pula respon daripada pihak yang lebih arif berkaitan Kajian Semula Skim Air Percuma dan Tarif Air di Selangor :

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin merujuk kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor, Tuan Mohd Azmin Ali yang dilaporkan oleh media massa pada Selasa, 18 Ogos 2015 berkenaan skim pemberian air percuma oleh kerajaan negeri dan kajian semula tarif air.
 
SYABAS amat menyokong usaha Menteri Besar Selangor yang ingin mengkaji semula pemberian air percuma yang mana buat masa ini semua pengguna air domestik di Selangor tidak dikenakan bayaran untuk penggunaan air sehingga 
20 meter padu pertama, kerana ianya ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor. Mengikut rekod kami, jumlah kos yang ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor bagi melaksanakan skim pemberian air percuma ini mencecah sekitar 120 juta setahun sejak ianya dimulakan pada bulan Julai 2008. 

Bagi pihak saya, skim ini tidak mencapai matlamat atau sasaran kerana golongan miskin yang amat memerlukan bantuan ini seolah-olah tidak diutamakan apabila golongan kaya juga menikmati faedah yang sama. Ini kerana masih terdapat rungutan rakyat miskin yang tidak mendapat manfaat daripada skim ini. Di samping itu, golongan kaya adalah golongan yang amat mampu membayar bil air masing-masing, lebih-lebih lagi dengan kadar tarif air di Selangor yang amat murah berbanding dengan negara-negara jiran.
 
Selain itu, jumlah kos yang tinggi yang ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor bagi melaksanakan skim air percuma ini boleh disalurkan untuk membiayai lain-lain kemudahan bagi tujuan meringankan beban sara hidup golongan miskin di kalangan rakyat negeri Selangor.
 
Pada saya, apa-apa perkara yang tidak mencapai sasaran di dalam manifesto boleh diubah atau dipinda demi kepentingan dan kebajikan rakyat. Saya amat mengalu-alukan sebarang usaha oleh kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor, Tuan Mohd Azmin Ali untuk memperbaiki manifesto demi kepentingan rakyat. Saya juga merasakan rakyat tidak akan menolak sebarang pindaan terhadap manifesto yang memberi manfaat dan keadilan kepada mereka.
 
Dalam pada itu, pihak saya juga sangat menyokong usaha kerajaan negeri Selangor untuk mengkaji semula struktur tarif air yang sedia ada dengan mengambil kira kos operasi pemprosesan dan pengagihan air terawat yang meningkat setiap tahun. Pada masa ini, pelarasan tarif air yang baharu telah dilaksanakan di beberapa negeri lain di Malaysia iaitu Kedah, Sabah dan Pulau Pinang dan yang terkini adalah negeri Johor. Oleh itu, adalah amat wajar bagi tarif air di negeri Selangor dikaji semula bagi mengekalkan dan mempertingkatkan tahap kualiti perkhidmatan bekalan air terawat kepada pengguna.
 
Saya amat yakin bahawa pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Tuan Mohd Azmin Ali akan mengambil langkah yang berani, wajar dan ikhlas demi kepentingan dan kebajikan pengguna air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
 
TAN SRI ROZALI ISMAIL
Pengerusi Eksekutif
SYABAS Dan Puncak Niaga

Sukalah penulis tekankan ayat pada perenggan ketiga yang menyatakan :

"skim ini tidak mencapai matlamat atau sasaran kerana golongan miskin yang amat memerlukan bantuan ini seolah-olah tidak diutamakan apabila golongan kaya juga menikmati faedah yang sama. Ini kerana masih terdapat rungutan rakyat miskin yang tidak mendapat manfaat daripada skim ini."

Jadi, rakyat sendiri nilaikan bagaimana pentadbiran kerajaan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor ini. Jelas mereka gagal mentadbir sebuah negeri dengan lebih baik berbanding Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat hanya pandai dan petah berkata-kata... Cerita mereka hebat seantero dunia. Janji mereka cukup menarik dan mengundang rasa terpegun umpama melihat bulan dan bintang. Hakikatnya, mereka gagal dalam perlaksanaan. Bulan dan bintang hanya enak dipandang tetapi tidak boleh dicapai.

Fikirkan...

No comments:

Post a Comment