Tuesday, July 28, 2015

Wee Ka Siong yakin pada kepakaran hospital kerajaan


Ketika sakit, ada segelintir daripada kita yang berasa megah ketika mendapatkan rawatan di hospital swasta. Hospital awam / kerajaan dikatakan mundur, tidak cekap dan lembab.

Hospital kerajaan hanya untuk orang-orang miskin. Jika tidak ada duit, usah pergi ke hospital swasta. Hanya pesakit yang hebat sahaja mendapatkan rawatan di hospital swasta.


Begitulah mentaliti segelintir daripada masyarakat yang memiliki status 'warganegara Malaysia' di dalam kad pengenalan mereka.

Berbeza dengan seorang pemimpin berbangsa Cina ini... Walaupun sedang bergelut dengan masalah kesihatan, namun beliau kelihatan cukup bangga apabila bergambar bersama-sama insan yang merawatnya di sebuah hospital awam, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong melahirkan rasa bersyukur dan penghargaan beliau di atas perkhidmatan yang diberikan oleh doktor, jururawat dan pasukan perubatan HKL.

Ternyata ini menunjukkan keyakinan yang tinggi Dr Wee Ka Siong terhadap kepakaran profesional yang ada di hospital kerajaan. Contohi pemimpin ini!

Semoga Dr Wee Ka Siong cepat pulih sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment