Wednesday, July 29, 2015

Presiden MCA @liowtionglai : Dua portfolio kabinet baharu 'kena' dengan masyarakat Cina


Lihat pada senarai kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

Bagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, dua portfolio yang diberikan kepada MCA disifatkan berkait rapat dengan masyarakat Cina khususnya.

Dalam masa sama ia akan dijadikan sebagai landasan kukuh buat MCA dalam memberikan khidmat terbaik buat rakyat sekaligus dapat bersama-sama kepimpinan kerajaan dalam usaha memajukan negara.




Ekonomi dan pendidikan

Liow melahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri kerana melantik Datuk Seri Ong Ka Chuan (Setiausaha Agung MCA) sebagai Menteri Industri II Perdagangan Antarabangsa sementara Senator Chong Sin Woon (Pengerusi Pemuda MCA) menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran.

Lain-lain pemimpin MCA dalam kabinet adalah ;

- Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan
- Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Naib Presiden MCA Datuk Lee Chee Leong Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Naib Presiden MCA Datuk Chua Tee Yong Timbalan Menteri Kewangan
- Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

No comments:

Post a Comment