Mesti kena ada tindakan sendiri oleh orang ramai, baru 'orang atas' hendak ambil tahu.
Insiden #7bersaudara di Plaza Low Yat telah membuka mata ramai pihak.
"Tiada angin mana mungkin pokok bergoyang"
Ada yang kata salah seorang daripada 7bersaudara ini didapati mencuri. Ada yang terlepas pandang apabila lelaki terbabit dikatakan mempunyai resit pembelian. Bagaimana timbul soal kecurian apabila wujud resit pembelian? Kenapa pula seorang pencuri hendak kembali memasuki premis berkenaan? Ingin membuat pengakuan "Ya akulah yang mencuri telefon itu"?
Pakar undang-undang di laman sosial berpendapat bahawa alangkah bijaknya 7bersaudara ini menggunakan kuasa undang-undang.
Tetapi... berapa pula kos guaman yang perlu dibayar oleh lelaki itu? Berapa lama pula masa diperlukan untuk menghabiskan proses berkenaan? Sesi pendengaran, hujah, jawab balas, permohonan rayuan, pendengaran semula, hujah, jawab balas, rayuan ke mahkamah persekutuan, pendengaran, hujah.....
7bersaudara ini membuka mata ramai pihak.
Muncul keberanian suara-suara awam mengenai status barangan di Plaza Low Yat. Masyarat kembali berani bersuara selepas melihat raut wajah pemuda 7bersaudara yang bertebaran di laman sosial.
Suara yang suatu ketika dahulu tenggelam, dipinggirkan, dipandang sepi, diabaikan... kerana hanya dilontar menggunakan air liur dan surat-surat kecil bersaiz A4.
Dah lama dah...
Tidak semudah itu untuk pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan hanya memerhati dari jauh sambil menutup muka dengan bantal.
Mahu adakan siasatan selepas menerima laporan rasmi. Pergaduhan dan pertengkaran itu sememangnya tidak rasmi. Persoalannya, sudah terhantuk baru tengadah? Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati?
Sebelum ini kumpulan cauvinist acap kali menuduh kerajaan rasuah, rasuah dan rasuah.
Sedangkan kerajaan bersungguh-sungguh membanteras gejala rasuah!
Memandangkan masyarakat sudah mula mempersoalkan status ketulenan Plaza Low Yat secara terbuka, maka eloklah pihak KPDNKK mengeluarkan senarai nama 'pegawai berkuasa' yang 'berkhidmat' di kawasan segi tiga emas ini, mengikut tahun. Alangkah baiknya jika senarai nama lengkap dikeluarkan sejak berdirinya Plaza Low Yat di Tanah Melayu ini.
Ini bertujuan mengelakkan tanggapan buruk orang ramai terhadap pihak kementerian secara keseluruhannya. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.
Jika pihak KPDNKK begitu berani menyerbu kawasan-kawasan perniagaan lain, apalah salahnya tampil dengan hanya mengemukakan nama individu atau kumpulan kecil yang 'berkuasa' di Plaza Low Yat.
Masyarakat Malaysia pasti mahukan laporan lengkap mengenai aktiviti-aktiviti KPDNKK bersama agensi-agensi terlibat. Berapa banyak aduan diterima, berapa kali pemantauan dilakukan, berapa pula kesalahan yang berhubung kait dengan penipuan direkodkan...
Atau sememangnya tidak ada sebarang kesalahan dan masalah yang wujud di Plaza Low Yat?
Saya harap ramai peguam2 BN yang hebat2 akan tampil membantu budak2 Melayu yang tak mampu dan membela nasib budak2 Melayu yang ditangkap.
ReplyDeleteSelalunya peguam2 celaka DApigs akan tampil membela anjing2 mereka yang ditangkap menghina Melayu dan Islam seperti Alvin dan lain2.
MELAYU BERSATU!!
utk mkluman anon 932, peguam bernama Khairul Azam akan mewakili pemuda tersebut.
ReplyDelete