AdSense

Thursday, July 16, 2015

Ingatan buat orang ramai yang pulang berhari Raya : Jangan lupa PAKAI TALIPINGGANG KELEDAR!!!


Pemakaian talipinggang keledar tempat duduk belakang dikalangan masyarakat Malaysia ini cukup rendah iaitu hanya 7% - 9% sahaja.

Sebab itu Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) pada tahun 2015 yang bermula 11 - 25 Julai ini antara lain menitik beratkan soal keselamatan melibatkan penumpang di kerusi belakang.

Kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, pihak penguasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dalam operasi penguatkuasaan penggunaan talipinggang keledar penumpang kerusi belakang.


Selain daripada itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) juga mewartakan penurunan had laju yang bermula 10 - 25 Julai 2015. Antaranya ;

Jalan Persekutuan : 80km/j (turun 10km/j)
Jalan Negeri : 70km/j (turun 10km/j)

Kempen yang dijalankan ini adalah bertujuan meningkatkan keselamatan pengguna jalanraya terutamanya pada musim perayaan ini dan dalam masa sama mengawal pergerakan aliran trafik.

Pelbagai pihak turut terlibat dalam usaha ini termasuklah Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM), KKR serta agensi-agensi seperti JKR, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam, JKJR dan JPJ.

Sementara pihak JPJ, PDRM dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula berkerjasama dalam usaha menjalankan operasi penguatkuasaan.

Ops HRA 2015 ini melibatkan seramai 1,800 anggota JPJ yang akan ditempatkan di lokasi statik bagi melaksanakan operasi penguatkuasaan. Manakala seramai 1,000 orang ahli Skuad Muda 1JPJ juga ditempatkan di kawasan-kawasan tertentu bagi menjalankan aktiviti advokasi.

#SelamatHariRayaAidilfitri
#HatiHatiMemandu
#OpsHRA2015

No comments:

Post a Comment