AdSense

Tuesday, April 28, 2015

Respon awal pengundi Cina #PRKPermatangPauh


Kira-kira 20 peratus pengundi Cina di sekitar kawasan Seberang Jaya dan Permatang Pasir dilihat cenderung ke arah parti Barisan Nasional (BN) setakat hari ini.

Sementara lain-lain kawasan termasuk kubu kuat PAS juga kelihatan memberikan respon yang positif.




"Alhamdulillah, respon pengundi, kesedaran untuk undi BN... Mereka merasakan bahawa agak sesuai untuk memberi peluang kepada BN di sini (Permatang Pauh).

"Sokongan termasuk daripada kaum Cina dilihat mula memberi perhatian kepada calon daripada BN,"

Demikian kata calon BN pada Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh (P44) Suhaimi Sabudin.


Beliau hari ini bersama Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong dan jentera parti mengadakan 'walkbout' di sekitar pasar awam Sama Gagah.

Bagi Wee Ka Siong pula, Suhaimi yang lebih mesra dengan gelaran 'Mie' ini disifatkan sebagai seorang calon yang menepati citarasa pengundi di Permatang Pauh.

Suhaimi yang juga merupakan junior beliau ketika sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini juga diyakini mampu berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat.


"Rakyat Permatang Pauh dahagakan pembaharuan. Saya pasti calon BN ini tidak akan menghampakan pengundi di sini.

"Penerimaan masyarakat Cina juga dilihat luarbiasa... Suhaimi mudah untuk mendekati rakyat... bukan sahaja bertanya khabar, tetapi daripada segi pergaulannya menunjukkan beliau seorang yang prihatin...

"Latarbelakangnya yang profesional berupaya merencanakan pembangunan di kawasan ini agar lebih rancak," tegas beliau.


No comments:

Post a Comment