AdSense

Monday, April 27, 2015

MCA : DAP main wayang di #PRKPermatangPauh


Kononnya demi calon kitar semula, isterinya si Anwar, maka DAP akan memastikan kerjasama dalam pakatan untuk memenangkan calon tersebut.

Umum mengetahui, DAP dalam tahun ini cukup lantang menghina PAS, sampai berlaku penceraian di seluruh negara!

Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong berkata, ini semua wayang!

Mula-mula bukan main lagi DAP hentam PAS, PAS hentam DAP tapi sekarang tiba-tiba berbaik semula untuk memenangkan Permatang Pauh?

Inilah dia politik pelik pembangkang. Perjuangan mereka sangat goyah dan kucar kacir, hanya tahu berpura-pura.

Masing-masing kini berbelah bahagi, samada mahu memperjuangkan prinsip parti atau meraih pengundi? Haru biru... apa pengundi di Permatang Pauh kali ini akan terus terpedaya?

Sampai masa menjelang hari pembuangan undi 7 Mei ini, mereka akan sedar bahawa kepimpinan Barisan Nasional adalah lebih baik daripada Pakatan Rakyat!

Undilah calon Barisan Nasional

No comments:

Post a Comment