AdSense

Wednesday, March 18, 2015

Semakan Kenaikan Tambang Teksi, Apa Rasionalnya?


Kali terakhir semakan kadar tambang teksi dijalankan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) adalah pada tahun 2009.

Kos pengendalian teksi telah meningkat sejak tahun 2009 sepertimana keputusan kajian yang dibuat terhadap bengkel-bengkel, pembekal dan industri teksi.

Selain bahan api yang meningkat sebanyak 21%, penyelenggaraan seperti tayar, bateri dan kos baik pulih juga meningkat sebanyak 25%. Sementara insurans kenderaan pula meningkat sebanyak 15%. 



Maka sudah pasti para pemandu teksi terkena impak daripada angka peratusan tersebut. Pemandu teksi terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk penyelenggaraan dan bekerja lebih masa bagi mengimbangi pendapatan mereka.

Kalau teksi mereka bermasalah misalnya rosak di tengah jalan, apa respons kita sebagai pengguna? Apa pula pandangan pelancong asing? Sentuh soal bekerja lebih masa pula, adakah mereka pemandu teksi ini tiada keluarga? Sudah tentu mereka juga seperti kita semua, memerlukan masa untuk diluangkan bersama keluarga mereka sekaligus dapat membina institusi keluarga yang harmoni.



Bukankah insitusi keluarga berperanan membentuk masa depan negara? Ayah keluar awal pagi, balik lewat malam - anak terbiar dan kurang kasih sayang. Apa kita seronok?

Kini sudah tiba waktunya bagi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya mengkaji semula kadar tambang teksi ini. 

Penyediaan perkhidmatan teksi ini pasti lebih berkualiti apatah lagi pengangkutan awam sememangnya memainkan peranan penting dalam menyediakan mobiliti dan akses kepada rakyat Malaysia. Perkhidmatan teksi ini juga berupaya meningkatkan imej negara kerana menjadi tanggapan pertama dan terakhir kepada pelancong.


1 comment:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    ReplyDelete