AdSense

Thursday, March 26, 2015

Menuju Negara Maju, Perkhidmatan #Teksi Lebih Baik


Pengangkutan awam sememangnya diambil perhatian serius oleh kerajaan. Selain menjadikan ekonomi negara rancak, ia juga menjadi simbol kepada sesebuah negara. Ada yang berpendapat perkhidmatan pengangkutan awam negara kita berada pada paras sederhana. Sebab itu kerajaan dilihat begitu serius untuk memastikan pengangkutan awam ini terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan inisiatif utama merangkumi 5 bidang bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan teksi dalam negara.

5 bidang terbabit adalah seperti penambahbaikan, pemandu berkhemah, penggunaan teknologi, pengurusan prestasi dan rasionalisasi tambang.



TEKS1M - Penambahbaikan perkhidmatan teksi bandar. - Perkhidmatan teksi baharu di Malaysia menggariskan dasar baharu terhadap kualiti kenderaan, kualiti pemandu dan prinsip-prinsip pengoperasian. Jadi ini menjadikan keadaan kenderaan, kualiti pemandu dan perkhidmatan operasi lebih baik.

Sistem perkhidmatan Teksi Berpusat (CTSS) - Melibatkan infrastruktur dan teknologi seperti pemantauan tempahan dan penghantaran teksi. Ia seterusnya meningkatkan keselamatan penumpang dan pemandu apabila menaiki teksi. Dalam masa sama, ia memudahkan pengguna untuk mendapatkan teksi. Ia memberi manfaat terhadap keselamatan yang lebih baik dan peningkatan kebolehcapaian.

Pemandu yang berkhemah - Memastikan pemandu mempunyai reputasi yang baik dan layak memandu kenderaan perkhidmatan awam. Komponen di bawah program ini termasuk pemeriksaan profil pemandu, penilaian tingkah laku, latihan keselamatan & sekuriti, kursus khidmat pelanggan dan taklimat berkenaan trafik serta lokasi-lokasi tumpuan pelancongan. Ini sekaligus dapat menjamin kualiti pemandu yang lebih baik.

MeterON - Bertujuan untuk meningkatkan keselamatan penumpang ketika menaiki teksi. Sistem ini membolehkan penumpang membuat pengesahan pemandu teksi dan memastikan bahawa mereka adalah pemandu berdaftar yang sah bagi kenderaan tersebut. Mereka juga boleh mendaftar masuk perjalanan mereka dengan SPAD dan membuat laporan atau aduan menggunakan telefon mudah alih. - Apa manfaatnya? Penumpang boleh menjejaki perjalanan, membuat aduan dengan lebih mudah, maklumat tambang tersedia dan penumpang juga boleh membuat pengesahan pemandu.

Sistem Teksi 2-Tier di KLIA dan KLIA2 - Bermula 15 Mei 2013, teksi bandar telah dibenarkan untuk mengambil penumpang di lapangan terbang bagi memastikan bekalan teksi mencukupi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Hal ini telah membantu menghapuskan masalah masa menunggu yang lama di lapangan terbang semasa waktu puncak. Ini membawa kepada peningkatan kebolehcapaian.

No comments:

Post a Comment