AdSense

Sunday, July 6, 2014

Saman AES, Cermin Gelap Belum Mampu Tambahbaik Sistem JPJ?

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) galak membuat sekatan jalanraya bagi membanteras orang awam yang melakukan kesalahan berkaitan.

Satu usaha yang begitu baik dalam usaha ke arah mendisiplinkan rakyat untuk mematuhi undang-undang jalanraya.

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kamera AES yang dipasang untuk memerangkap pengguna jalanraya yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Juga merupakan antara langkah yang bijak, sekalipun ditentang hebat oleh ramai pihak termasuk mempersoalkan dari mana datangnya idea tersebut dan siapa kontraktor disebalik pemasangan kamera tersebut yang sebenar-benarnya.

Kata pihak yang berkenaan, ia akan dikajisemula tetapi bagi pesalah AES yang telah dikenakan saman, tetap kena bayar. Tiada kompoun, RM300.

Selepas pada itu timbul pula isu mengenai cermin gelap, juga hangat diperkatakan malah ada yang mempertikaikan bahawasanya si polan boleh pakai cermin gelap dan kenapa si polan yang lain tidak boleh?

Alasan mudah diberi yakni ingin mempertingkatkan ciri-ciri dan pencegahan jenayah.

Wah! begitu kedepan pihak berkuasa ini memberi idea! Walaupun ramai pihak yang tidak bersetuju dengan berpendapat bahawa ia seolah-olah suatu peruntukan untuk mengugut orang awam!

Apakah ini dilihat sebagai suatu penindasan? atau pihak berwajib gagal mendisiplinkan masyarakat dengan kaedah yang berkesan sehingga terpaksa menggunakan cara sedemikian?

Kemana pula hilangnya pakar-pakar penyelidik, adakah kajian mengenai punca faktor peningkatan jenayah dan kemalangan jalanraya diteliti?

Kini ia semua berbalik kepada pengguna yakni rakyat marhaen.

Setelah saman dikeluarkan, apakah sistem yang digunapakai oleh JPJ? adakah segala saman yang berbayar telah berjaya menaiktaraf sistem yang ada pada hari, terutamanya melibatkan sistem atas talian (online).

Apabila pengguna bersusah payah mengenepikan duit nasi mereka untuk membayar saman, adakah JPJ dapat memberi jaminan bahawa nama-nama pesalah ini dipadam dengan serta merta, di semua cawangan seluruh negara?

Seperkara lagi, kenapa begitu ramai 'ulat' di kaki lima JPJ seperti cawangan Wangsa Maju? Ulat yang dikatakan 'agen' ini dilihat menguasai kaki lima untuk 'membantu' orang ramai yang hendak berurusan dengan JPJ. Baik urusan pembayaran saman, perbaharui lesen memandu / cukai jalan dan juga perkhidmatan mengisi borang-borang yang berkaitan.

Walaupun terdapat notis di kaunter yang mengatakan 'agen tidak akan dilayan' namun ia tidak memberi apa-apa kesan kepada golongan tersebut. Siapa yang perlu memainkan peranan ini? atau memang disengajakan ia berlaku bagi menggalakkan perniagaan 'duit kopi, urusan selesai dengan cepat'?

Alahai saman oh saman... sekeping RM300. Sikit nilainya bagi orang kaya, besar nilainya bagi rakyat tepi jalan. 

Kesimpulannya, jangan pandu laju dan bercermin gelap. Angguk saja pada idea yang bernas ini. Angguk, angguk dan angguk...


2 comments:

  1. Lebuhraya Seremban/KL dekat Bangi ada AES...kenapa lebuhraya Elite menghala ke KLIA tidak dipasang? Sebab lebuhraya itu diguna olih menteri menteri dan orang kaya..Rakyat marhaen sedar diri sikit betapa pihak kerajaan mempetbodohkan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang tepat jika kata kjaan perbodohkan rakyat. Bg aku, Hasrat transformasi PM perlu dijalankan secara menyeluruh. Semua agensi dan jabatan perlu main peranan, melainkan ada 'gunting dlm lipatan'. Menteri dpt sokongan rakyat, maka tidak perlu wujud jurang status.

      Delete