AdSense

Thursday, June 12, 2014

Cerita disebalik Bar Council sejak 10 tahun lalu...


Majlis Peguam, dianggap sebagai pembela undang-undang. Namun itu merupakan pandangan 10 tahun lalu, kini tidak lagi setelah ia dipergunakan termasuk melacur Legal Profesion Act dengan rakus demi kepentingan politik.

Seperti yang sedia maklum, para peguam merupakan individu yang diangkat sebagai insan yang mulia JIKA menggunakan ilmu perundangan dengan baik, tanpa wujud unsur dan niat 'berkepentingan'.




Hari ini, Majlis Peguam dilihat begitu taksub dengan pemimpin dikalangan parti pembangkang yang kononnya dianggap sebagai penegak demokrasi.

Demokrasi yang bagaimana?
Suatu ketika dahulu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pernah mengherdik wartawan dengan ayat, "YOU ULANG SAYA SAMAN". Satu ayat yang begitu ringkas namun kasar di mata perundangan berlandaskan prinsip demokrasi yang di amalkan seperti kebebasan bersuara dan kebebasan pengamal media.


Namun kenyataan sedemikian dipandang sepi oleh pemimpin-pemimpin kelas atasan di dalam Majlis Peguam. Begitu juga halnya dengan tindakan beberapa pemimpin parti pembangkang yang menfailkan saman kepada akhbar-akhbar dan media tempatan.

Mungkin perkara sebegini berlaku dek kerana 'mata' dan 'telinga' pemimpin kelas atasan Majlis Peguam ini lebih tertumpu kepada pemimpin dikalangan parti lawan yakni parti pemerintah, Barisan Nasional.

Ia jelas terbukti apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menyaman portal pro pembangkang Malaysiakini, atas dasar sifat Najib sebagai Presiden UMNO.

Belum sempat ayam berkokok, Majlis Peguam menjerit dan melaungkan prinsip hak asasi manusia dan kebebasan media. Hebat, Majlis Peguam sekali lagi menjadi benteng hadapan dalam soal perundangan apabila menyuruh Najib supaya menerima kritikan.

Sudah pasti suara dan pendapat seperti ini tidak menjadi suatu kesalahan namun ia sepatutnya perlu ada check and balance. Sampai bila agenda kotor berkepentingan ini akan berakhir?

Majlis Peguam Tidak Profesional Sejak Dipengerusikan Ambiga

Najib Saman Malaysiakini TAK OK, Anwar Saman Utusan OK


2 comments:

  1. Elok kena sambar petir saja pemimpin macam Anwar dll ni... setuju!!!

    ReplyDelete
  2. cuba la ada diantara manusia di malaysia ni buat buat call kata ada bom dlm bangunan majlis peguam...kita tenguk sapa yg dia orang akan panggil...unit amal pas ke, AMK keadilan ke..atau RBA untuk matikan bom itu...polis konpom dia tak suka..sebab dah dilabelkan sebagai anjing BN olih pembangang..kita test sekali...

    ReplyDelete