Semasa pengundian CEC dalam Kongres ke 16 bulan Disember lepas (yang telah dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan), Lim Guan Eng mendapat tempat kedua tertinggi dengan 1,576 undi dibelakang bapanya Lim Kit Siang yang menduduki tempat pertama.
Tetapi dalam pengundian CEC baru-baru ini, Lim Guan Eng hanya memperolehi tempat kelima dengan 1,304 undi, iaitu kurang 272 undi daripada pengundian lepas yang dibatalkan.
Jumlah delegasi yang layak hadir dan mengundi mengikut rekod Kongres ke 16 ialah 2,576 orang. Ini bermakna Lim Guan Eng hanya memperolehi 50% sahaja undi daripada jumlah yang layak hadir dan mengundi.
Manakala Liew Chin Tong, yang dalam pemilihan Kongres ke 16 mendapat tempat ke 14, tetapi kali ini mendapat tempat pertama dengan 1,438 undi. Iaitu lebih 55% daripada jumlah mereka yang layak mengundi.
Pendek cerita, Liew Chin Tong mendapat undi popular melebihi Lim Guan Eng! Liew Chin Tong dapat nombor satu; Lim Guan Eng dapat nombor lima.
Jangan lupa puak pembangkang ni juga yang dok memekak konon BN tidak layak jadi Kerajaan kerana kononnya tidak mendapat undi popular dalam PRU 13; walaupun hakikatnya BN mendapat hampir 60% (133 kerusi) daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Jadi dari segi logik pembangkang sendiri, sepatutnya Lim Guan Eng tidak layak memegang jawatan nombor satu DAP; sebaliknya Liew Chin Tong yang patut diberikan kedudukan jawatan nombor satu itu sebagai Setiausaha Agong DAP yang baru.
Berdasarkan itu, saya mencabar Lim Guan Eng supaya meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agong dan memberi laluan kepada Liew Chin Tong.
Lagipun, cuba bayang keluarga Lim Kit Siang - Lim Guan Eng telah memegang jawatan Setiausaha Agong DAP selama 45 tahun, sejak 1968 sehingga 2013!
DAP dah jadi parti warisan keluarga nampaknya - dah jadi Dinasti Anak-Papa!!!
Udah-udah lah tu yop! Bagi lah pada orang lain pulak!
- Zulkiflli Nordin
Kali ni Guan Eng mahu ROS batalkan pemilihan semula ini sebab tak ikut peraturan. Lagi pun dia kalah dan dapat no. 5. Jadi dia mahu pemilihan sekali lagi untuk dapat no. 1 semula. Sebab itu Lim Guan Eng senyap masa ini dengan harapan ROS akan batalkan pemilihan kali kedua ini.
ReplyDelete