AdSense

Thursday, October 24, 2013

PRK Sg Limau : PAS mula tuding jari, tanam politik kebencian

PAS Barisan Nasional (BN) akan menggunakan strategi kotor dengan 'membeli' pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) 4 November ini.


Naib Presiden PAS merangkap Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, BN dikatakan akan membuat tawaran habuan berupa wang tunai kepada pengundi yang telah mengundi BN.

Sumber : Rakyat News

Lumrah politik PAS, dan pembangkang...
Semua yang buruk akan dituding kepada UMNO.
UMNO lah jahat, UMNO lah rasuah dan UMNO lah kafir...

Setiap yang buruk itu UMNO, ini politik PAS dan pembangkang sejak sekian lama...

Buat para pengundi di Sg Limau, apakah kemajuan negara kita ini bukannya datang daripada pentadbiran kerajaan BN?

Apakah keharmonian dan kesejahteraan selama ini antara lain juga kerana kecekapan pentadbiran BN?

Usah lagi terpedaya dengan permainan politik tuding menuding dan politik kebencian yang di amal PAS ajaran Ketua Umum PR Anwar Ibrahim.

1 comment:

  1. Setiap Negara yang mencapai kemerdekaan dah membangun, pembangunan di semua tempat adalah untuk menampung keselesaan golongan elit dan krooni dan sedikit shj bagi rakyat. Kalau masih lagi ada golongan miskin di Malaysia, maka Malaysia ini sudah disalah urus. Ada 8 juta BR1M , ini bukanlah petanda baik.

    ReplyDelete