AdSense

Tuesday, September 10, 2013

Cina sudah bersatu, Melayu bila?

Bila kita lihat sokongan masyarakat cina pada PRU13, kita dapat lihat bagaimana kuatnya mereka sehingga kerusi parlimen menjadi 38 daripada 28 kerusi... (DAP).

Malah kekalahan 100% PDM BN pada kawasan cina juga mengukuhkan fakta yang mana masyarakat cina bersatu padu.
Itu sejarah pilihanraya dalam negara kita.

Apa yang penulis cuba sampaikan adalah mengenai penyatuan.
Bersatu padu.

Hari ini keputusan penuh isu kalimah Allah akan diputuskan. Penting atau tidak, ia melibatkan soal agama Islam yang cuba 'diganggu'.

Ini kerana gereja Katolik cuba untuk mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah.
Persoalannya adakah masyarakat Islam Malaysia akan bersatu dalam perkara ini dengan mengenepikan sejenak fahaman politik?

No comments:

Post a Comment