AdSense

Monday, August 26, 2013

SIAPA GANTI NAJIB?

SIAPA GANTI NAJIB?

Siapa ganti Najib?
Apa punya soalan niii?

Hari demi hari, ramai yang mempersoalkan pentadbiran Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Macam-macam isu dimainkan, bagi menjatuhkan Najib Razak. Scorpene, Altantuya, Apa Lagi Cina Mahu dan Kalimah Allah juga dikaitkan dengan Najib.

Betul, SL bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak. Namun hakikatnya, ia tidak seharusnya dituding jari ke arah Najib semata-mata.

Ramai yang berpendapat Najib hanya mementingkan sokongan Cina sehingga Melayu dipinggirkan.

Sekali lagi SL bersetuju dengan pandangan itu. jika soal kalimah Allah pun Najib ambil sikap sambil lewa, sampai bila orang Melayu akan tahan?

Najib begitu sanjung dengan peneraju ekonomi Malaysia, kaum Cina. Walhal kuasa politik yang dikuasai Melayu tidak digunakan sepenuhnya dengan baik. Ditambah pula dengan pemimpin pertengahan dikalangan UMNO yang masih tidak berubah, KUAT MENGAMPU!

SL tidak kisah dengan hal projek sana sini yang direbutkan, tetapi SL berpendapat sikap mengampu dikalangan pemimpin UMNO sepatutnya sudah lama dibuang sepenuhnya!

Orang-orang sekeliling Najib juga sama, masih tidak berubah, masih dengan perangai lapuk, ampu dan bodek.

Pemimpin UMNO yang masih lupa diri atas tiket siapa mereka duduk, perlu ubah diri. Walaupun PRU13 baru sahaja selesai, jangan fikir mudah untuk perdaya rakyat, apatah lagi perdaya dengan wang ringgit. Jangan sewenangnya kaburi mata rakyat dengan duit!

Pemimpin UMNO sepatutnya bantu presiden mereka, bukan AMPU!

Siapa mahu jaga Melayu dan Islam?
Apa guna UMNO tadbir negara?
Apa guna kuasa politik dikuasai orang Melayu?

Atau mahu Perkasa, Jati, Pekida yang bertanggungjawab? Apa kuasa yang ada pada mereka selain parang dan amukan? Adakah Perdana Menteri setuju jika amukan menjadi jalannya?

Najib perlu ambil kata-kata orang terdahulu sebagai iktibar,

'kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan'
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 comments:

  1. Selagi Namawee tak diajar dan disumbat dalam penjara atau dihapuskan, selagi itu perjuangan orang Melayu masih belum selesai. Ini adalah langkah permulaan.

    ReplyDelete
  2. jika mahyudin x boleh panggil ku li ganti najib.tetapkn tuk sementara waktu ku li jadi pm sebelum calon yg betul2 layak ambil alih !

    ReplyDelete
  3. "ayah kou tanah kubornya masih merah lagi dah berrebut2 pasal harta" ungkapan popular dialog dalam filem/drama2 melayu

    ReplyDelete