AdSense

Thursday, May 2, 2013

Tikam Belakang Anwar, Chegu Bard kata KONSPIRASI UMNO?!!!


Badrul Hisham, tahniah kerana dalam tidak sedar anda telah mendedahkan satu perkara yang amat berguna buat rakyat Malaysia!

Terima kasih kerana memberikan bukti kukuh walaupun bakal digelar 'besi'.

Kami akan bersimpati sekiranya dengan pendedahan anda itu telah membuatkan pergolakan bersama Anwar kembali tercetus.

Dan Alhamdulillah, kini muka Anwar yang bertopengkan syaitan itu mula muncul dengan jelas.

Petikan media :

Chegu Bard yang juga calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Pulau Pinang mendakwa, Anwar adalah sebagai seorang penipu. 

"Isu pemilihan kena tipu teruk... lepas tu nak gula-gulakan I... dia nak gula-gulakan I isu pemilihan, penipuan la, apa semua baru-baru ini oleh Anwar,'' katanya dalam rakaman berdurasi 43 saat dengan tajuk "Chegu Bard Kantoikan Anwar" itu.

Chegu Bard yang bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda PKR pada pemilihan itu turut mendakwa Anwar cuba menyogok beliau dengan wang ringgit dan jawatan bagi menutup rahsia tersebut.

"Dia datang nak offer I gaji... nak lantik I jadi Timbalan Setiausaha Agung apa semua...I'm very sorry, I'm very sorry... this is not about jawatan... but i hope its about the truth.. dan you bercakap soal demokrasi,'' tegas Chegu Bard dalam rakaman tersebut.

Baru-baru ini Anwar mempertahankan Chegu Bard untuk bertanding di kerusi DUN Sungai Acheh tersebut menyebabkan Pas yang pada awalnya mempertaruhkan Mohd. Yusni Mat Piah di kerusi sama, terpaksa menarik diri.

Bagaimanapun tindakan pucuk pimpinan Pas yang menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi oleh PKR menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi dan jentera Pas di kawasan berkenaan.

COMFIRM Anwar mengamuk...
Jadi, bila nak adakan sidang media?
Kita pasti tak sabar nak dengar ulasan mereka yang berkenaan mengeluarkan kenyataan;
INI SEMUA KONSPIRASI UMNO


No comments:

Post a Comment