Lima puluh anggota DAP cawangan Changkat Kruing dan 20 anggota dari Taman Bintang di sini mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mereka dakwa menindas pengundi India di Parlimen Beruas.
Timbalan Ketua DAP cawangan Changkat Kruing G K Haridas memberitahu sidang media di sini hari ini, mereka kecewa dengan Ngeh yang tidak pernah turun padang menyelesaikan masalah penduduk setempat.
"Tindakan keluar parti DAP diambil sebulat suara oleh ahli-ahli DAP Beruas sebagai protes dan bantahan secara terbuka kepada Ngeh dan calon DAP di DUN Pantai Remis dan Pengkalan Baharu.
"Kami berjanji akan memberi sokongan padu kepada calon BN yang sentiasa menjaga nasib orang India di kawasan Parlimen Beruas.
BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment