AdSense

Monday, April 15, 2013

PRU13 - PSM Berang sama PKR



Jangan terperanjat...
Parti pembangkang sememangnya masih berebut dalam segala hal.
PAS berebut dengan DAP, DAP berebut dengan PKR, PKR bergaduh dengan  PSM...
Mereka dalam pembangkang ni masih dengan agenda masing-masing, nama saja 'pakatan' tetapi tidak sepakat pun.

Menjelang PRU13, bertambah menjadi-jadilah perangai mereka,
Semakin ketara ketegangan dalam parti pembangkang ini.
Kini, mereka tidak lagi berselindung kerana tanpa disengajakan, mereka telah mendedahkan identiti mereka yang sebenar.

Jelas, pakatan yang tidak sepakat ini kian rapuh...

Terkini :
PKR dan sekutu dekatnya Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih gagal mencapai kata sepakat berhubung penggunaan lambang dalam pilihan raya umum 5 Mei nanti.

Kegagalan ini menyebabkan dua parti itu bakal bertembung tiga penjuru dengan BN di tiga kerusi – parlimen Sungai Siput, Perak dan DUN Kota Damansara dan Semenyih, Selangor.

Calon-calon PSM di kerusi tersebut berjumpa dengan Anwar Ibrahim petang semalam selama sejam di Petaling Jaya.

Tetapi kedua-dua pihak masih dengan pendirian masing-masing.

Penyandang Sungai Siput Dr D Jeyakumar, setiausaha agung PSM S Arutchelvan (calon Semenyih) dan pengerusinya Mohd Nasir Hashim (penyandang Kota Damansara) bertegas mahu menggunakan logo genggaman tangan kiri parti itu.



Ketiga-tiganya bertanding atas tiket PKR di kerusi tersebut pada 2008 sebelum kerajaan meluluskan pendaftaran PSM selepas pilihan raya umum lalu.




No comments:

Post a Comment