Semua sedia maklum yang mana ideologi PAS PKR dan DAP tidak pernah sekata dan seiring serta senada.
Permainan politik mereka hanya meraih undi untuk kepentingan mereka.
Hudud, kalimah Allah, siapa Perdana Menteri, kabinet bayangan dan pelbagai isu masih dalam simbol tanda tanya, masih dalam perbalahan, masih belum ada jawapan tetap dan utuh.
Gabungan pakatan ini hanya untuk kepentingan diri masing-masing, satu fakta yang boleh dinafikan melalui ceramah-ceramah dan kenyataan media tetapi tidak secara realiti dan pemikir akal waras.
Bukan agenda si bapa dan anak semata-mata tetapi lebih daripada itu. |
Pilihanraya, kerusi panas, antara lain di Gelang Patah.
Kit Siang meninggalkan pengundi beliau, beralih arah ke Gelang Patah, Johor, sempadan Singapura.
Persoalan kenapa tindakan sedemikian di ambil, mungkin ramai yang sudah mengetahuinya apatah lagi semua sudah maklum siapa DAP dan siapa pula PAP, parti yang berkuasa di Singapura.
Ambil masa sejenak untuk meneliti fakta dan sejarah di bawah ini, supaya pengertian, persoalan di sebalik keinginan Kit Siang dan adik PAP beriya iya menawan Johor :
Kawasan Parlimen Gelang Patah yang mengikut demografi geopolitik dihuni oleh seramai 106,864 pengundi. Sebanyak 34.28 peratus adalah pengundi Melayu, 52.41 Cina, 12.49 India dan 0.83 peratus lain-lain kaum.
Kawasan itu yang merupakan kubu tradisi MCA dan pada 2008 dimenangi oleh Tan Ah Eng dengan majoriti 8,851 undi. Di bawah pentadbiran Ghani, wujudnya pusat pentadbiran negeri yang baharu di Kota Iskandar.
Langkah itu telah membuka luas Gelang Patah kepada pembangunan, pelaburan dan busines. Jika orang Cina bercakap mengenai soal-soal itu, tiada alasan untuk mereka menolak Ghani. Sebahagian besar pelaburan Iskandar bermula di Gelang Patah.
Di kawasan sekelilingnya didirikan kawasan perumahan baharu kategori mewah Medini, terletaknya taman tema Legoland dan Puteri Harbour. Gelang Patah turut dilengkapi dengan universiti dan kolej, jajaran lebuh raya dan jalan biasa yang baik.
Kawasan perumahan di Nusajaya, misalnya dilimpahi dengan kemudahan prasarana yang lengkap dan terkini. Skudai ialah sebuah kawasan bandar yang cukup pesat dan penduduk semakin padat. Rumah mampu milik didirikan di Mutiara Rini.
Hak milik tanah kampung-kampung baharu semua sudah diberikan, termasuk di Kampung Poh Chee Lin. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dipindah ke tempat lebih baik dan dibantu pembinaannya. Tapak turut diberikan. Pertubuhan NGO Melayu, Cina dan India dibantu dengan peruntukan. Kuil dan tokong diberi hak milik dan dibantu dengan keperluan yang sepatutnya.
Pendek kata Ghani telah melengkapkan segala-gala di Gelang Patah dan sekelilingnya. Tiada alasan untuk rakyat kawasan Parlimen itu menolak Ghani. Namun, sebab-musabab mengapa Maharaja DAP melompat ke Gelang Patah juga merupakan satu persoalan. Sumber
No comments:
Post a Comment