Pencetus Kekecohan di Kawasan Pembuangan Undi Perlu Batal Rancangan.
Berilah kerjasama dengan SPR.
Usah berniat untuk mencetuskan kekecohan di kawasan mengundi.
Setiap pengundi akan menggunakan 3 minit untuk proses membuang undi.
7-800 pengundi dalam satu-satu masa dan proses akan berjalan lancar sekiranya tiada individu atau kumpulan yang berniat jahat mencetuskan kekecohan.
Kekecohan yang dimaksudkan adalah dengan sengaja memprovok petugas SPR.
Kemungkinan ada pengundi 'nakal' ini sengaja mahu bertengkar dengan petugas SPR.
Mungkin dikalangan mereka ini sengaja tidak mahu mencalit dakwat kekal di tangan mereka mahupun dimana-mana anggota badan mereka.
Faktor lain seperti mempersoalkan pelbagai jenis perkara yang tidak masuk akal, hanya semata-mata mahu mencetuskan kekecohan dan secara tidak langsung menyebabkan kesesakan di kawasan mengundi, lantas menafikan 3 minit untuk setiap seorang pengundi.
Oleh itu, kepada individu dan kumpulan yang sudah merancang strategi jijik ini, batalkan niat itu, jadilah pengundi waras yang mengamalkan budaya demokrasi serta menghormati pengundi yang lain, yang juga mempunyai hak untuk menggunakan kawasan pembuangan undi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment