Tindakan Parti Islam se-Malaysia mengutip derma untuk perajurit yang terkorban di Lahad Datu menggunakan akaun parti sendiri merupakan satu kesalahan serius.
Malahan tidak mustahil sumbangan dan derma tersebut telah pun disalahgunakan. Apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mendiamkan diri dengan perbuatan sebegini?
Sudah puas menghina dan mempermainkan perasaan wira-wira negara yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, puak-puak PAS cuba membuat “damage control” dengan umpan “tabung Lahad Datu” versi Pakatan Haram. Terpampang di media online rasmi PAS, Harakahdaily, tentang kempen “tabung Lahad Datu” yang kononnya dikutip untuk waris-waris wira negara yang terkorban dari “sandiwara Tian Chua” itu.
Kononnya, “tabung” mereka itu adalah “tabung khas” yang sama seperti “Tabung Wira Lahad Datu” yang dianjurkan Kumpulan Media Prima. Betulkah begitu? Dan apakah hasil derma dan sumbangan itu akan terus disalurkan kepada waris-waris mangsa?
Di iklan “tabung” anjuran PAS itu tertera nombor akaun Maybank bernombor 5640 2540 0414.
Cuba bawa wang RM10 dan cuba tekan nombor tersebut di mesin “cash deposit” di bank berkenaan.
Jangan terkejut “beruk” sekiranya anda dapati bahawa akaun “tabung khas PAS” itu didaftarkan di atas nama “Parti Islam Se-Malaysia” atau lebih dikenali sebagai PAS!
Baca Selanjutnya di sini
No comments:
Post a Comment