AdSense

Sunday, April 28, 2013

Kenyataan Bekas Menteri Kewangan ada asasnya.

Ya, benar.
Kenyataan Daim, bekas menteri kewangan yang mengatakan negara akan hancur sekiranya Anwar Ibrahim memegang tampuk pemerintahan negara.

Manakan tidak, Anwar hanyalah seorang bekas banduan, terlibat dengan salahlaku rasuah. Malah juga terlibat dengan masalah moral yang teruk!

Jika itu pun tidak mahu dititik beratkan mengenai ciri-ciri pemimpin, kita juga perlu melihat dari segi pengalaman Anwar untuk memimpin sebuah negara.

Kerajaan BN sedia ada telah berjaya membawa Malaysia ke arah yang lebih baik. Setapak demi setapak, kini Malaysia mengecapi satu kebanggaan yang setanding dengan negara maju.

Anwar dan pakatan pembangkang cuba untuk memerintah. Walhal rakyat sudah memberi mereka mandat di beberapa buah negeri. Hakikatnya, negeri yang dikuasai pakatan dilihat kucar kacir, bahkan mereka bertelagah sesama sendiri.

Bagaimana Anwar dan pakatan mahu memerintah jika hal dalam rumah mereka sendiri pun tidak mampu diselesaikan.

Ditambah dengan perkembangan ekonomi global yang tidak menentu, Anwar dan pakatan yang tiada pengalaman matang ini sudah tentu tidak mampu membawa Malaysia sebagaimana yang dilaksanakan BN.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment