AdSense

Wednesday, April 10, 2013

CALON : Jangan merajuk lama-lama, fokus kepada parti !!!


Inilah nasihat paling manis seorang pemimpin parti.
Beliau begitu arif dan faham sekali perasaan individu yang pasti akan kecewa jika tidak terpilih sebagai calon pada PRU13 ini.

Tetapi apa yang jelas, Datuk Seri Najib selaku Presiden BN, menegaskan yang mana agenda parti adalah perkara pokok yang perlu diutamakan.

Mana-mana tempat sekalipun sudah pasti timbul soal sedih, kecewa ni...
Sebab itu Najib berpesan agar mana-mana individu yang mempunyai perasaan tersebut agar 'kecewa dalam tempoh 24jam' saja, selepas itu terus bekerja, turun padang dan seterusnya memberi kemenangan buat BN supaya dapat menubuhkan kerajaan yang kuat, kerajaan yang mengutamakan rakyat, kerajaan yang menepati janji.

Yalah, pemilihan calon adalah satu proses untuk mencapai objektif parti iaitu mencapai kejayaan dan membina kerajaan yang kuat seterusnya dapat melaksanakan agenda-agenda keutamaan rakyat.

"Kita kurangkan, minimakan masalah tersebut, Sebab itu dalam ucapan saya kata, seelok-eloknya kecewa itu biarlah dalam tempoh 24 jam saja, selepas itu turun padang,"

Soal 'merajuk' ini menjadi tajuk utama lidah rasmi pembangkang Malaysiakini.


Tulisan yang cuba menimbulkan persepsi yang kononnya ahli BN sebagai mengutamakan jawatan daripada parti.

Wartawan portal tersebut bebas berkeliaran di PWTC petang tadi tanpa sekatan, dan risikan yang dihantar pembangkang hanyalah semata-mata untuk membuat berita dari sudut 'persepsi'.

Walau apa pun inilah amalan demokrasi yang di amal BN, berbeza dengan PR.




No comments:

Post a Comment