Thursday, March 7, 2013

Lahad Datu : 'HINT' awal Anwar Ibrahim menjelang PRU13?

Ini dia, siap sedialah wahai Najib Razak dan kerajaan Malaysia.
Anwar sudah berjaya menjadikan peperangan senjata dalam negara menjadi kenyataan.
Apabila PDRM dan ATM tentera berusaha dalam menangani kes pencerobohan di Lahad Datu, maka poster Najib dan Perdana Menteri Filipina dibakar di hadapan kedutaan Malaysia di Filipina.


Anda pasti tahu apa maksud simbolik 'genggaman' tangan seperti ini dan siapa dibelakangnya.


Anwar semakin berjaya menjadikan kes Lahad Datu sebagai antara 'bullet' menjelang pilihanraya.
Kerajaan sudah mula dipersalahkan... Dunia pandang Malaysia sebagai 'bad country', walaupun anggota keselamatan negara terkorban?

Dengan sepantas kilat juga, janji jika PR memerintah, jika menang PRU13, (JIKA), kononnya Malaysia akan lebih aman dan tegas.

Anwar kata PR tidak kompromi soal keselamatan negara.
Sebenarnya, inilah juga yang diperkatakan Menteri KDN sebelum ini.
Malaysia dibawah kerajaan pusat sememangnya tidak pernah untuk kompromi dengan mana-mana pihak berhubung soal keselamatan negara! Dan tempoh yang dikatakan sebagai 'panjang' oleh PR sebenarnya adalah agenda untuk menafikan demokrasi.

ANWAR DI MALAYSIAKINI 


Tetapi apa maksud dengan menyebut perkataan 'When we take over the goverment' ketika membincangkan isu pencerobohan di Lahad Datu? Sempat lagi 'jual belacan' ?

Anwar sekali lagi cuba untuk memperlekehkan dan menidakkan usaha kerajaan dalam menangani isu di Lahad Datu. Sehingga terpaksa memanggil kawan sejak dibangku sekolah, bekas Jeneral Tan Sri Hashim, yang kini diangkat sebagai jawatan 'Jeneral Politik Keadilan'.

Maka dengan ini muncul lah seorang Jeneral Politik... Kenapa muncul sekarang? Macam tahu2 saja Sabah hendak diceroboh? 


BIJAK.
Anwar guna pihak yang dirasakan layak untuk bercakap dari pihaknya dan ini akan menunjukkan yang kononnya beliau hebat dalam merangka strategi menjatuhkan kerajaan.
Hashim juga menggelarkan Anwar sebagai 'Master Strategi'

MASA YANG SESUAI
Hashim juga berkata yang dalam tentera ada mementingkan soal 'strategi masa'.
Ini kesinambungan dengan keputusannya untuk bersama- sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat.
'Masa' yang dimaksudkan adalah sekarang, kemungkinan ia juga bermaksud 'Sabah diceroboh' dan 'piihanraya'?

Walau apa sekalipun rangka strategi Anwar dan PR dalam usaha mencalar kredibiliti kerajaan dalam menangani isu di Lahad Datu kelihatan digerakkan secara 'tanpa putus asa',

Hakikatnya Anwar sudahpun 'checkmate' apabila TAKUT untuk MENYAMAN MEDIA FILIPINA yang mendedahkan dalang di sebalik isu hangat ini.

YOU ULANG, I SAMAN !


No comments:

Post a Comment