AdSense

Wednesday, March 20, 2013

Kenapa pembangkang takut pada 'Biografi Rosmah Mansor' ???


Kenapa pembangkang begitu takut apabila isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengeluarkan Biografi Rosmah Mansor?

Biografi Rosmah yang menceritakan kisah beliau sejak zaman kanak-kanak hingga hari ini serta juga  termasuk menjawab kepada tuduhan-tuduhan liar tanpa asas yang dilemparkan oleh pembangkang.

Rosmah isteri kepada Perdana Menteri, adalah dengan ini juga menjadi orang kenamaan serta ramai yang ingin tahu secara lebih mendalam mengenai isteri kepada seorang Perdana Menteri.

Satu hari nanti ia akan dijadikan sebagai rujukan sejarah oleh generasi akan datang.
Jadi, apa yang ditakut sangat oleh pembangkang sehingga Biografi ini pun mahu diberi pelbagai gambaran buruk juga. Dimana amalan demokrasi yang dilaungkan?

Seperti yang diperkatakan oleh Tun Mahathir, inilah demokrasi, inilah kebebasan.

Apabila ada pihak yang mengkritik maka pihak yang satu lagi yang dijadikan sebagai sasaran itu juga ada hak untuk memberi penjelasan.

Janganlah hanya mendengar dari 1 pihak saja, tidak adil kepada pihak yang dijadikan sasaran.
Jadi, apa pasal pembangkang takut sangat pada Biografi Rosmah Mansor?

Biarlah rakyat ada peluang untuk membuat penilaian mereka, jangan paksa mereka untuk menutup sebelah mata. Biarkan rakyat menggunakan sepasang mata. sepasang telinga kurniaan Allah dengan sebaiknya.


"Bagi sesiapa yang ingin mencari keadilan, mereka patut dengar pihak yang mengkritik dan juga dengar pihak yang dijadikan sasaran supaya keputusan yang diambil menjadi lebih adil" 

No comments:

Post a Comment