Tuesday, March 12, 2013

KEBEBASAN : Aku 'respect' Anwar Ibrahim !

Aku 'respect' pada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ini.
Ya, pilihanraya sudah nak dekat...
Semakin dekat pilihanraya, semakin 'respect' aku pada Anwar Ibrahim!

Anwar Ibrahim sejak muda adalah seorang yang mempunyai pengaruhnya sendiri.
Hebat!

Hanya dengan berpidato, mengeluarkan kata-kata yang indah maka ramai yang terpesona dengannya.
Apa yang paling hebat lagi, Anwar mampu untuk menepis 'orang yang tidak diminati' dengan mudah.

Setiap tepisan ini walaupun dengan menggunakan cara kasar sekalipun, ia tetap 'lembut' dan manis di mata pengikut-pengikut taksub yang telah hitam gelap dan beku hatinya.

Anwar selalu melaungkan kebebasan.
Kebebasan bersuara, kebebasan media dan segala macam kebebasan lagi yang dijerit sana sini.

Sedangkan diri sendiri tidak mampu untuk bertindak sepertimana di ucap.
Kata orang, Cakap tak serupa bikin.

Ini adalah pemimpin yang dibangga bangga sangat oleh pengikutnya?
Pemimpin yang hanya pandai bercakap?

Wahai Al Jubs,
Jika kamu tidak menyukai orang itu maka dengan mudah kamu MENUTUP mereka?







Kami sentiasa 'mempercayai' Anwar Ibrahim !


No comments:

Post a Comment