AdSense

Saturday, March 30, 2013

CALON "Expired Date”

Sekarang ni pilihanraya dah nak dekat.
Orang orang parti tengah sibuk pasal calon.

Siapa yang dicalonkan di sini, di sana, di sinun, menjadi tanda tanya bagi setiap ahli parti.

Walau apa pun, sudah pasti setiap parti akan meletakkan calon terbaik untuk parti mereka.

Jika kita perhatikan antara parti kerajaan dan pembangkang, individu yang menjalankan kerja dalaman parti baik secara terbuka mahupun tertutup, dikira sebagai 'bakal calon' untuk pilihanraya.

Parti kerajaan banyak muka muka baru, golongan belia profesional yang dilihat aktif ketika ini. Tidak ketinggalan juga muka lama yang luas pengalaman turut aktif sejak dahulu dalam memperjuangkan teras utama parti.

Dan apa yang pasti, pemimpin daripada parti kerajaan yang aktif itu adalah bebas daripada masalah ataupun isu.

Berbeza pula dengan parti pembangkang. Walaupun kelihatan pemimpin muka baru dikalangan mereka tetapi rata-rata daripadanya bukan dikalangan profesional, tetapi hanya sekadar popular di pentas ceramah, juga hanya merujuk kepada kadar populariti dikalangan pengikut.

Erti kata, pemimpin muda parti pembangkang popular dengan 'aksi berani' dan 'taring tajam' dalam memaki hamun kerajaan pemerintah. Bertumbuk dengan polis, masuk penjara, herdik wartawan dan sebagainya. Oleh dengan sifat 'keberanian' itulah, mereka akan popular dikalangan peminat.

Pemimpin lama juga tidak terkecuali di dalam parti pembangkang, dalam hal sama iaitu menyebarkan fahaman politik mereka.

Cuma kita dapat perhatikan dengan jelas yang mana rata rata daripada mereka adalah muka sama. Contoh, Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang. Mereka juga terus dengan menghalalkan amalan kroni bertemakan 'Parti Anak Beranak', walaupun suatu ketika dahulu orang2 inilah yang terpekik terlolong menuduh parti kerajaan mengamalkan kroni.

Bukan sahaja muka lama yang dikira menjangkau tamat tempoh, bahkan juga terpalit dengan pelbagai masalah kepimpinan serta moral.

Nik Aziz dengan negeri 'malas' membangun dan yang terbaru penjualan tanah kepada warga asing. Lim Kit Siang dengan agenda luarnegara serta parti rasisnya. Anwar Ibrahim pula masih dengan masalah sama, janji palsu, gagal bersikap jujur dan rendah moral.

Tun Mahathir telahpun mengundur diri daripada memegang jawatan dalam parti. Walhal Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan Kit Siang adalah seangkatan dengan Tun M dalam dunia politik.

Akan tetapi ketiga2 pemimpin utama pembangkang itu belum puas memegang kuasa, mungkin juga belum puas meratah tanah-tanah, harta-harta negeri dan 'anak muda'.

Apakah tiada istilah 'expired date' dalam parti pembangkang?

Dimana pula ruang bagi muka baru untuk menonjol?

Izinkan penulis untuk melabelkan parti pembangkang PR sebagai parti amalan diktator dan gila kuasa.

KARIKATUR : Harian Metro
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment