AdSense

Monday, February 18, 2013

'Orang lama' Kekal Sokong BN, Tolak PR!


Bila sebut 'orang lama', maknanya mereka ini banyak pengalaman, terlebih dahulu makan garam.
Orang lama yang berpangkat bapa dan ibu ini sudah arif dengan kehidupan mereka.

Bercakap soal kehidupan, sudah pastilah ia melibatkan pentadbiran sesebuah negara.
Baik pentadbiran sesebuah negara itu maka baik jugalah kehidupan si rakyatnya.

Malaysia, sejak merdeka telah mengharungi pelbagai rintangan dalam  memartabatkan negara.
Pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional lah yang membawa Malaysia ke arah yang lebih baik, hari demi hari.

Jasa seluruh kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional tidaklah begitu diharapakan kepada 'reward' semata-mata. Kerana rata-rata daripada mereka hanya mahu melihat Malaysia bergerak menuju landasan yang betul dan bertambah baik.

Sehubungan dengan itu,

Veteran UMNO hari ini melancarkan kempen Keluargaku Pengundi BN yang mensasarkan 5,000 pelekat khas untuk setiap bahagian seluruh negara.

Sebanyak sejuta pelekat akan diedarkan khas untuk rumah penyokong Barisan Nasional (BN) bertujuan menangkis kempen pembangkang serta mengekalkan sokongan kepada BN.

No comments:

Post a Comment