AdSense

Friday, February 8, 2013

Najib kerja keras, pemimpin UMNO yang lain?


Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat begitu bekerja keras dalam memastikan negara terus kekal makmur dan sentosa.

Berbekalkan tema 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Najib bertungkus lumus bagi memastikan segala pelan transformasi negara berjalan lancar.

Alhamdulillah, sejak memegang jawatan Perdana Menteri, segala usaha baik itu diterima baik rakyat Malaysia keseluruhannya malah juga mendapat pujian daripada negara-negara luar.

Najib dilihat sangat dekat dihati rakyat dengan cara beliau yang suka turun padang dan membantu rakyat.


Itu Najib Tun Razak,
Bagaimanapula pemimpin UMNO yang lain?

UMNO adalah sebuah parti keramat yang lama.
Apabila lama maka banyaklah penyakit yang dihidapi.
Tidak hairanlah Tun Mahathir juga pernah 'menegur' parti itu dengan pelbagai jenis teguran.

Sesetengah orang sudah penat untk bercakap mengenai pemimpin UMNO disesetengah tempat, bahagian. Ada yang kata UMNO masih ditampuk lama, mengamalkan budaya cantas mencantas dan sebagainya.

Tidak dinafikan, parti parti yang lain juga mempunyai masalah sama.
Cuma apa yang dikesalkan, Najib Tun Razak selaku Presiden parti sanggup bekerja keras untuk UMNO dan apakah pemimpin UMNO yang lain akan terus dengan penyakit sama?

Peredaran zaman kini telah dan sedang berlaku.
Jika masih ada pemimpin UMNO yang mahu terus dengan amalan-amalan yang tidak sihat maka bersiap sedialah untuk menerima musibah. Kerana setiap yang dilakukan sudah pasti ada mata yang memerhati.

JANGAN BERCAKAP SOAL PERJUANGAN JIKA NIAT HANYA UNTUK KEPENTINGAN DIRI!

No comments:

Post a Comment