AdSense

Saturday, February 2, 2013

Kerajaan BN Prihatin, PR Panas Punggung Lagi !!!

Bila ada bantuan atau sumbangan menjelang pilihanraya, juak cacai pembangkang sibuk pusing cerita cakap ini 'gula-gula'.

Hakikatnya, kerajaan BN adalah kerajaan yang sentiasa prihatin kepada rakyat.
BN pandai tadbir negara dan urus ekonomi rakyat.
Dulu, kini, selamanya.

Lihat saja kepada bantuan-bantuan sebelum ini.
Dengan subsidi yang diberi kepada rakyat.
Ditambah pula dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai negara, berlandaskan teras dan dasar kerajaan yang begitu telus dan sistematik.

Dilihat pelabur yang ramai masuk ke dalam negara, kerana Malaysia adalah sebuah negara stabil, aman dan harmoni.

Benar, jika BR1M itu dikatakan sebagai duit rakyat oleh sesetengah cacai dan pimpinan PR.
Hakikat yang kita perlu sedar adalah, kerajaan BN telah mentadbir serta mengurus ekonomi negara dengan baik.

Apa yang ingin disampaikan ialah, kerajaan BN telus dalam pentadbiran dan sentiasa MENEPATI JANJI!

Pembangkang semakin habis modal sebenarnya...
Pembangkang juga GAGAL tepati janji mereka ketika PRU12 lepas...

TERBARU :

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM3.5 juta untuk mengecat semula bangunan-bangunan rumah pangsa di kawasan Parlimen Pandan di Selangor.

"Saya janji meluluskan dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.5 juta untuk mengecat flat-flat di sini dan ia boleh dimulakan tidak lama lagi.

"Kita (Barisan Nasional) buktikan bahawa rakyat mesti didahulukan dan ini baru sedikit, banyak lagi akan dinikmati sekiranya Selangor kembali kepada kerajaan BN," katanya dalam ucapan ringkas ketika melawat penduduk Flat Pandan Jaya di sini.

Dalam majlis itu, Najib turut beramah mesra dengan kira-kira 200 penduduk setempat selain turut mengecat sedikit flat berkenaan sebagai simbolik penyaluran peruntukan tersebut. Najib berkata beliau difahamkan bahawa pakatan pembangkang berjanji untuk mengecat bangunan-bangunan tersebut sejak mengambil alih negeri itu tetapi tidak menepati janji mereka.

"Justeru hari ini saya datang ke sini atas permintaan daripada Anggota Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat untuk melihat sendiri dan kemudiannya meluluskan dana kerajaan tersebut," katanya.

Sementara itu, Ong yang menyambut baik pengumuman itu berkata 58 rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah akan dicat semula menggunakan peruntukan itu. Katanya, ia termasuk 32 blok flat atau rumah pangsa kos rendah dan 22 blok kos sederhana rendah di Pandan Jaya serta empat blok Pangsapuri Inai, Pandan Indah, dan ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 2,300 penduduk.

"Projek mengecat semula di Pandan Jaya ini dibuat atas permintaan rakyat kerana mereka berasa terkilan dan dukacita kerana janji kerajaan negeri Selangor untuk mengecat semula flat masih belum tertunai malah ada yang dicat sedikit kemudian ditinggalkan. "Kerajaan BN sendiri sebelum ini telah mengecat sebanyak 16 blok flat di Pandan Jaya Fasa 2 selepas menerima permintaan penduduk," katanya.

Perdana Menteri kemudiannya melancarkan Pusat Daerah Mengundi di Kampung Melayu Ampang sebelum menunaikan solat Zohor bersama penduduk di Masjid Jamil Huda yang terletak bersebelahan. Najib turut menandatangan buku pelawat masjid dan makan bersama jemaah secara bersila.
Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment