AdSense

Friday, February 22, 2013

Demo Jalanan KEMBALI 22 Julai ini ?!!


Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan N.Kanageswari menetapkan tarikh tersebut ketika pengurusan kes itu, Jumaat lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin hadir bagi pihak pendakwaan dan Anwar diwakili oleh peguam Zaleha Al- Hayat.

Menurut Noorin, mahkamah menetapkan 26 April ini sebagai tarikh untuk pengurusan kes bagi membolehkan kedua-dua pihak memuktamadkan nota prosiding.

Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar, 65, daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 20 Jan tahun lepas dan petisyen rayuan pada 9 Julai 2012 yang mengandungi sembilan alasan. Penghakiman bertulis Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah setebal 80 muka surat mendedahkan dalam kes itu, 'ada berlaku penetrasi' namun ia tidak disokong bukti lain.

Hakim itu berkata mahkamah tidak boleh yakin sepenuhnya terhadap integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana ia mungkin boleh terjejas sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. SUMBER


No comments:

Post a Comment