BR1M merupakan satu janji kerajaan BN kepada rakyat, ia boleh ditunaikan kerana pentadbiran dan pengurusan ekonomi dilakukan dengan baik. Kita boleh beri BR1M kerana berjaya memastikan ekonomi terus berkembang, peniaga sama ada kecil dan besar berjaya menambah keuntungan.
"Apabila ini berlaku, maka cukai untuk kerajaan juga bertambah, dan ini adalah sebenarnya asas mengapa BR1M boleh dilaksanakan," katanya pada pelancaran BR1M 2.0 dan pemberian insentif itu bagi kawasan Parlimen Ampang dan Pandan di sini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, fakta itu perlu dijelaskan kerana pembangkang cuba menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dengan mendakwa dana bagi pemberian BR1M 2.0 dikutip antaranya melalui pelaksanaan peraturan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Tegas Najib, rakyat tidak harus terus dipesongkan dengan cerita tidak berasas atau separuh benar oleh pakatan pembangkang untuk membuat mereka marah kepada kerajaan, sedangkan setiap pemberian atau insentif yang diumum adalah disebabkan kecekapan kerajaan dalam mengurus dan mentadbir negara.
Ada dakwaan bahawa dengan menguatkuasakan AES kita boleh buat BR1M. Ini tuduhan palsu yang dibuat pembangkang. AES bukan cukai pada rakyat, ia hanya denda bagi mereka yang memandu laju, itupun masih di peringkat kajian," katanya.
Kemelut ekonomi dunia menyebabkan beberapa negara Eropah menerima tamparan, kata Najib, sambil menarik perhatian Sepanyol yang menjadi juara bola sepak Piala Dunia tidak berupaya menjadi juara dalam mentadbir ekonomi.
Tidak apalah kalau Malaysia tidak menjadi juara Piala Dunia, tak apa, tetapi sebaliknya kita berjaya menjadi juara dalam mentadbir negara, sekali gus dapat membela rakyat melalui penambahan hasil percukaian," katanya.
Sumber : KLPOS
http://t.co/wCEwkkXF
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment