AdSense

Sunday, December 9, 2012

Melayu Berpecah. Nik Aziz salahkan UMNO, tolak perpaduan...


Di sebalik ajakan berterusan pemimpin Umno untuk berdamai, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa perpecahan Melayu kini disebabkan Umno yang tidak mengamalkan dasar Islam dalam perjuangannya.

 Menteri Besar berkata, oleh kerana tindakan Umno yang enggan mengubah dasar itu menyebabkan Pas yang ditubuhkan oleh ahli Umno sendiri satu ketika dulu sukar untuk mendekati parti itu kembali. “Saya lama dah sebut benda ni, tapi orang kata ini gimik politik... dia tak faham.

 "Saya kata Melayu berpecah ni bukan kerana Pas, tetapi kerana Umno yang ada hari ini tolak pandangan Biro Ulama Umno sendiri, Pas yang ada hari ini bukan orang Pas buat, sebaliknya Biro Ulama Umno yang buat.

 "Tapi Umno induk tolak... tolak Islam, kami orang Pas ni membajai dia, siram dia, pagar dia supaya tidak diganggu,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-14 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) itu di sini.

1 comment:

  1. Dasar Isle bukan dtg dari PAS yg mempolitikkan Isle.PAS nak mengangkat pemimpin LGBT jadi PM mereka..isle ke tu ???? kerusi DAP & PKR lebih byk dari PAS...PAS skrg pecah 2 kumpulan,sapa yg parah skrg. ???

    ReplyDelete