AdSense

Saturday, December 22, 2012

Bekas MB didakwa! SIAPA TU...

Tu diaaa...
seorang bekas menteri besar didakwa melakukan salh guna kuasa.
apa lagi SPRM dok tunggu, SIASAT LAH!
Takkan nak BACKUP Anwar sorang saja! Ipoh: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa menyalahgunakan kuasa dalam pemberian konsesi balak ketika menjadi Menteri Besar sepanjang 11 bulan pakatan pembangkang memerintah Perak.Beliau didakwa menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar bagi meluluskan konsesi itu untuk beberapa syarikat tanpa terlebih dulu membawa permohonan itu ke Jawatankuasa Perhutanan Negeri, sekali gus menyalahi tata cara urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Pendedahan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri 2013 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini, semalam.Tindakan Zambry mendedahkan perkara itu mengakibatkan berlaku ‘perang mulut’ antara Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang dan Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan) dengan Zambry.

Terdahulu, Nizar membangkitkan isu pemberian konsesi balak dengan mendakwa kerajaan negeri tidak telus kerana meluluskan pemberian itu kepada individu sama yang menggunakan enam syarikat berlainan.Zambry berkata, amalan biasa ialah setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi perlu mendaftar dengan Jabatan Perhutanan sebelum ia disaring dan diserahkan kepada Jawatankuasa Perhutanan Negeri dipengerusikan Menteri Besar untuk kelulusan.

Cabar lapor SPRMNizar kemudian mencabar Zambry melaporkan perkara itu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengulanginya ketika sidang media sebaik Sidang DUN berakhir.“Di mana salahnya saya meluluskan pemberian itu. Kita tidak pernah beri konsesi balak kepada syarikat yang sama, kita cabar, bila kita ada buat silap, sila dedahkan, lapor kepada SPRM,” kata Nizar.

Zambry pada sidang media berkata, beliau tidak boleh berbohong ketika dalam DUN dan akan menyerahkan dokumen berkaitan perkara itu kepada SPRM.Katanya, dalam konsesi balak membabitkan hutan simpan, sesiapa pun yang memohon perlu mengikut peraturan dan keputusannya perlu dibuat jawatankuasa tetapi Nizar langsung tidak membawanya ke mesyuarat sebaliknya terus meluluskan kemudian mengarahkan Jabatan Hutan menguatkuasakannya. SUMBER : BERITA HARIAN

3 comments:

  1. Patut la si pencacai PAS terguling2 kat jalan protest Sultan Perak...
    rupa nya telah dibodohkan oleh Nizar pasal nak protect salah laku bila x jadi MB Perak! takut banyak rahsia terbongkar.

    Sapa dapat? : Pasti Ngeh brother!... then dapat duit buat project balak kat Kelantan pulak...

    Bodo punya pengikut PAS!.

    ReplyDelete
  2. Bodoh lg bangang org Pas ni. Sanggup jd unta tunggangan DAPigs.

    ReplyDelete
  3. Agenda Palsu Muhyiddin - Pemuda & Puteri UMNO rela dibodohkan

    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~



    UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap memilih jadi bodoh?

    2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...

    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~

    ~ BUKTI 3 ~

    ~ BUKTI 4 ~

    Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)

    Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

    Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....

    ~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~

    Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....

    Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...

    ReplyDelete