AdSense

Wednesday, November 14, 2012

SAH!!! Hilang Artikel 89 dan 153 Perlembagaan jika PR perintah Malaysia!!!

Terbaru, dua NGO, satu asing dan satu lagi Malaysia, keluarkan satu laporan yang konon dakwa dua artikel dalam Perlembagaan Persekutuan menyebabkan diskriminasi terhadap kaum-kaum lain di negara ini.

Equal Rights Trust (ERT) NGO yang berpengkalan di London bersama Tenaganita, NGO yang mana bosnya orang Malaysia dan pemimpin PKR Irene Fernandez, berkerjasama menyiapkan laporan tersebut.

Dengan dibiayai oleh tabung Kesatuan Eropah (EU) laporan setebal 406 (Versi PDF) itu boleh dimuat turun di laman web ERT.

Apa yang menarik, punya pembohongan mereka ini adalah menyadikan gambar perhimpunan Bersih sebagai gambar utama, memberi bayangan seolah-olah p\[erhimpunan tersebut juga berkaitan dengan diskriminasi kaum.

Laporan tersebut antara lain mendesak kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda dua peruntukan Perlembagaan yang melindungi hak istimewa dan tanah orang Melayu untuk mengelakkan diskriminasi berdasarkan kaum atau etnik.

Terbahagi kepada empat bahagian, yang dijalankan bersama ERT dan Tenaganita, berkata kewujudan Artikel 89 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah antara sebab-sebab yang kuat di sebalik diskriminasi kaum di Malaysia kerana kedua-duanya gagal memenuhi niat asal untuk tindakan positif.

Sebaliknya, peruntukan “melanggar piawaian undang-undang antarabangsa”, kata kajian tersebut dalam ringkasan eksekutif “Washing the Tigers: Addressing Discrimination and Inequality in Malaysia” kajian yang diterbitkan di laman web ERT pada  Isnin.

“Langkah-langkah tindakan positif di bawah peruntukan ini tidak terhad kepada masa atau mempunyai fungsi terhad.

“Keistimewaan kekal dinikmati oleh orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak itu mengekalkan piawaian tidak sama rata dan berasingan, atas alasan bangsa, bercanggah dengan larangan diskriminasi dalam perlembagaan,” kata kajian tersebut.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa ‘Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan kaum-kaum lain’. Peruntukan ini juga menentukan cara untuk melakukan ini, seperti mewujudkan kuota bagi kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa awam dan pendidikan awam.

“Malaysia digesa untuk menyemak semula semua undang-undang dasar persekutuan dan negeri untuk (i) menilai keserasian dengan hak untuk kesaksamaan dan (ii) meminda, dan di mana perlu, memansuhkan undang-undang yang sedia ada, peraturan, dan dasar-dasar yang bercanggah atau tidak serasi dengan hak untuk kesaksamaan.

“Proses ini termasuk pemansuhan semua undang-undang, peruntukan dan dasar diskriminasi. Secara khususnya, peruntukan diskriminasi  berikut harus dimansuhkan atau dipinda untuk menghapuskan unsur-unsur diskriminasi,” kata kajian tersebut, sebelum menyenaraikan Artikel 5 (4), 8 (2), 9, 10, 11, 12 (1), 14, 15, 24, 26, 89, 153 dan 161 Perlembagaan Persekutuan

Menurut kajian itu, peruntukan-peruntukan tersebut mendiskriminasi individu atas alasan kediaman, pandangan politik, agama, wanita kaum, dan etnik.

Sebagai contoh, laporan itu berkata bahawa Perkara 10 Perlembagaan, yang menggariskan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan, mendiskriminasi atas alasan pendapat politik dengan menetapkan pengecualian dan syarat bertujuan untuk menyekat aktiviti lawan politik kepada kerajaan.

“Ketidaksamaan di Malaysia akan diputarbelitkan tanpa pemahaman diskriminasi berdasarkan pandangan politik.

“Corak utama diskriminasi berasaskan politik berkaitan dengan hak mengundi dan hak penyertaan politik lain, penahanan sewenang-wenangnya atas alasan politik, kebebasan berpersatuan dan berhimpun, dan kebebasan bersuara,” kata laporan itu lagi.

Laporan yang disiarkan seminggu sebelum Muktamar PAS ini menarik untuk ditinjau pandangan parti utama dalam Pakatan Rakyat itu.

Kalau PKR dan DAP memang sah-sah akan setuju dengan laporan ini, tetapi PAS yang sebahagian besar ahlinya adalah Melayu/Islam apakah turut bersetuju menghapuskan Artikel 89 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

PAS perlu menjawab persoalan ini, apakah jika PR mengambil alih Putrajaya, kedua-dua peruntukan Perlembagaan yang melindungi hak orang Melayu dan Bumiputera sebagai 'tuan tanah' akan dimansuhkan atau dipinda.

Sama-sama kita saksikan, apa kata PAS?
SUMBER

1 comment:

  1. Salam mohon dipautkan blog sy Uruk Hai mediauruk.blogspot.com ..

    ReplyDelete