AdSense

Saturday, November 10, 2012

Isu Selangor : Hasan Ali Dedah Exco Kerajaan Negeri Songlap Duit Rakyat !!!


Pendapatan bulanan exco negeri Selangor merupakan diantara pendapatan yang termahal di Malaysia selain mendapat pelbagai keistimewaan sampingan yang diberi oleh anak syarikat untuk exco negeri Selangor.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata buat masa kini gaji exco negeri Selangor merupakan gaji yang paling tertinggi di Malaysia bahkan mendapat keistimewaan lain daripada pelbagai sudut.

"Kalau betul-betul nak mempertahankan gaji exco yang paling lumayan di Malaysia ini ialah di negeri Selangor yang dibayar sebanyak RM70,000 sehingga Rm80,000 sebulan. "Exco Selangor turut membayar duit pemimpin yang bermain golf sekitar RM7,000 sebulan serta percutian tahunan yang dianggarkan bernilai RM40,000 turut dibayar,"katanya ketika berucap di satu Majlis Wacana Mengembalikan Pas Ke Landasan Asal di sini hari ini.

Justeru itu, beliau menegaskan perjuangannya yang ditanam semenjak beliau masuk kedalam PAS adalah lebih baik daripada wang ringgit dan keistimewaan sampingan yang diberikan untuk exco negeri Selangor itu.

"Saya tinggalkan semua itu kerana saya fikir perjuangan lebih mulia dari bentuk wang ringgit yang diberikan sebagaimana yang disebutkan tadi," ujarnya.
SUMBER

No comments:

Post a Comment