AdSense

Friday, October 5, 2012

Tak perlu laga-lagakan Azmin-Khalid kerana mereka memang tidak sebulu !

Menteri Besar Selangor
Azmin Ali VS Khalid Ibrahim

Walaupun ADUN Bukit Antarabangsa itu kemudiannya menyifatkan akhbar Sinar Harian ‘ada kepentingan tertentu’ kerana didakwa menyimpang daripada topik perbincangan, sikap orang politik menyalahkan media setelah kata-kata mereka mencetuskan komntroversi bukanlah benda baru.

Tidak tahulah sama ada akhbar berkenaan ada kepentingan tertentu atau tidak tetapi sesetengah pihak melihat akhbar banyak melaporkan berita yang memberi publisiti kepada  pembangkang.

Apapun, tentu mereka yang tahu ‘hubungan’ Azmin dan Khalid, tidak pelik jika apa dilaporkan akhbar itu benar dan pasti boleh ketawa dengan penafian Azmin serta permintaannya supaya tidak melaga-lagakan beliau dengan Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak serta ADUN Ijok, Selangor.

Dalam hal ini, Azmin tidak boleh salahkan media mahupun UMNO seperti biasa dilakukan pemimpin pembangkang jika mereka silap membuat kenyataan. Baca selanjutnya

No comments:

Post a Comment