AdSense

Friday, October 26, 2012

Ronnie Liu Sebar Fitnah, Kamalanathan lapor polis.

 Tak dihairankan sangat kalau kita bercakap soal pemimpin pakatan yang menyebar fitnah ni.
Boleh dikatakan majoriti daripadanya akan mebuat fitnah dimerata tempat.

Semalam, ahli parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan telah buat laporan polis terhadap Ronnie Liu kerana didakwa menfitnah dirinya.

Kononnya Kamalanathan ada kaitan dengan satu projek kondominium di Batu Cave. Kalamanathan, salah seorang ahli Majlis Perbandaran Selayang telah meluluskan projek itu pada tahum 2007.

Macam mana la perkara ni boleh jadi?
Macam mana Ronnie Liu boleh terfikir untuk membuat cerita palsu sedemikian.
Walhal Kamalanathan menamatkan perkhidmatannya sebagai ahli majlis pada tahun 2006.

Laporan polis tersebut dibuat oleh pegawai khas kepada Kamalanathan, S Yogendran dan Ketua Putera MIC, M Yuktesvaran.

Buat semua pemimpin pakatan, berhati-hatilah ketika membuat kenyataan mahupun ceramah.
Tinggalkanlah budaya menfitnah ini.

Perumpamaan yang sesuai untuk pemimpin pakatan yang suka menyebar fitnah ;
" Kerana mulut, badan binasa "

No comments:

Post a Comment