Thursday, October 25, 2012

BN Selangor Dedah Ketirisan Kerajaan Negeri!!!


"Sejak mengambil alih pentadbiran di Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat banyak terlibat dengan isu yang melibatkan tanah seperti tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), TALAM serta isu tanah KHSB," katanya.

Jelasnya lagi, isu membabitkan tanah itu berhubung kait dengan kegagalan kerajaan negeri menguruskan tukar syarat tanah dengan baik.Berpandukan daripada Laporan Ketua Audit Negara itu juga, Mohd Zin berkata terdapat banyak kelemahan di dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Antara lain adalah pembinaan kilang secara haram dan penggunaan tanah tanpa kebenaran."Laporan Ketua Audit Negara juga merekodkan beberapa kelemahan seperti kutipan premium tanah yang tidak seimbang termasuk kutipan cukai yang tidak mencapai sasaran,"tegas beliau.

Baginya, kelemahan sedemikian membuktikan kerajaan negeri memandang ringan soal tanah dan mengambil mudah dari segi pengurusannya, beliau berkata kepada pemberita dalam sidang media di Bangunan UMNO Shah Alam di sini hari ini.

SUMBER : KLPOS http://klpos.com/politik/22521-bn-selangor-laporan-audit-negara-pamer-kegagalan-pimpinan-khalid-ibrahim

No comments:

Post a Comment